Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Bekas pramugari pilih kerjaya kedua didik si cilik

Jan 07, 2022 | 05:30 AM



Seramai 23 karyawan dalam bidang kehidupan awal kanak-kanak (EC) dan campur tangan awal (EI) serta pusat kendalian diberi pengiktirafan dengan Anugerah Kecemerlangan dalam Pembangunan Awal Kanak-Kanak oleh Agensi Pembangunan Awal Kanak-Kanak (Ecda). Anugerah tersebut disampaikan dalam majlis penyampaian kesembilan yang dijalankan secara maya baru-baru ini. Sejak 2013, majlis tahunan itu meraikan pencapaian pendidik dan pusat EC yang cemerlang dalam pengajaran dan pembelajaran, serta amalan inovatif. BERITA HARIAN meninjau antara dua pemenang anugerah itu.




TERTARIK oleh kasih sayangnya terhadap kanak-kanak, Cik Sharifah Mastura Syed Daud mengejar kerjayanya yang kedua ketika berusia 38 tahun.



Cik Sharifah telah menceburi bidang pendidikan awal kanak-kanak peringkat prasekolah setelah menyedari minatnya terhadap kanak-kanak.



Sejak 2013, beliau telah menjadi seorang guru prasekolah dan telah membantu ramai kanak-kanak menyelesakan diri, beralih dari rumah ke sekolah.



Beliau juga bekerjasama dengan ibu bapa untuk membangunkan potensi anak-anak mereka sepenuhnya.



"Saya amat senang dikelilingi kanak-kanak. Arwah ibu saya selalu berkata saya akan menjadi seorang guru yang baik, namun saya tidak begitu memikirkan tentang itu," singkap Cik Sharifah menerusi satu panggilan video bersama Berita Harian baru-baru ini.



Cik Sharifah meluahkan bahawa beliau didorong oleh falsafah bahawa setiap kanak-kanak adalah individu yang unik.



Beliau berhasrat untuk mengembangkan kekuatan, minat dan pengetahuan setiap kanak-kanak, menerusi pembelajaran.



Ini adalah antara ciri-cirinya yang terserlah sebagai seorang pendidik.



Sumbangannya itu telah mendapat penghargaan dan beliau baru-baru ini telah menerima Anugerah Harapan Pendidikan Awal Kanak-Kanak.



"Permulaan zaman prasekolah kanak-kanak adalah pengalaman penting untuk si kecil.



"Oleh itu, saya memastikan anak-anak di bawah jagaan saya dapat menjalani tempoh peralihan secara lancar dan bekerjasama dengan keluarga mereka, termasuk mengenali keperluan anak-anak, kegemaran dan tabiat mereka," ujar guru utama Bahasa Inggeris di My First Skool di Parkway Parade itu.



Sebelum ini, Cik Sharifah adalah seorang pramugari di Brunei selama 12 tahun dan telah tinggal di Abu Dhabi selama tujuh tahun.



Apabila Cik Sharifah kembali ke Singapura pada 2012 dan mendaftarkan anak lelakinya yang berusia lima tahun pada waktu itu di prasekolah, beliau juga telah memohon untuk menjadi seorang guru di prasekolah My First Skool di Parkway Parade.



Menjelaskan lanjut, Cik Sharifah berkata beliau menghormati kanak-kanak dan mengutamakan keperluan mereka.



Beliau bercakap dengan kanak-kanak mengikut tahap mereka dan menggalakkan mereka mencuba melalui penegasan positif.



Beliau percaya bahawa rutin harian juga menjadi peluang terbaik untuk berinteraksi secara berkesan antara seorang pendidik dengan seorang kanak-kanak.



Oleh itu, apabila menukar lampin kanak-kanak, beliau akan menyanyikan lagu kegemaran mereka, dan minta kebenaran daripada kanak-kanak itu sebelum menanggalkan lampinnya.



Untuk membantu anak-anak berasa selamat di sekolah, Cik Sharifah turut mencipta 'Quiet Corner' (sudut senyap) di dalam kelasnya yang dipenuhi dengan bantal, buku dan carta perasaan.



Dengan kepercayaan dan pemahamannya mengenai perkembangan kanak-kanak, Cik Sharifah akui akan terus berusaha untuk melakukan yang terbaik bagi anak-anak didiknya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >