Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belanjawan 2016: Pelepasan cukai pendapatan peribadi dihadkan pada $80,000

Mar 24, 2016 | 06:00 PM



JUMLAH pelepasan cukai pendapatan peribadi yang boleh dituntut rakyat Singapura akan dihadkan kepada $80,000 bagi memastikan jumlah pendapatan bercukai tidak terlalu dikurangkan.

Perubahan ini tidak akan menjejas 99 peratus individu yang membayar cukai penduduk, namun menurut Menteri Kewangan Encik Heng Swee Keat, ia mungkin menjejas segelintir individu.

"Setiap pelepasan cukai mempunyai objektif penting... Bagaimanapun, bila ia diambil bersama, pelepasan cukai boleh mengurangkan jumlah keseluruhan pendapatan cukai bagi sebahagian kecil individu," kata Encik Heng, sambil menyatakan buat masa ini, terdapat 15 pelepasan cukai pendapatan peribadi.

Sebagai contoh, sembilan daripada 10 wanita yang kini menuntut 'Pelepasan Anak untuk Ibu Bekerja' (Working Mother's Child Relief) - yang menggalak wanita sudah berkahwin kekal dalam pekerjaan selepas mendapat anak - dijangka terus menuntut cukai itu sepenuhnya

Had itu akan membuat cukai pendapatan peribadi lebih progresif, menurut Encik Heng.

"Bagaimanapun, beban cukai pendapatan peribadi kita masih rendah. Struktur cukai pendapatan peribadi kita harus membolehkan kita untuk kekal berdaya saing," kata beliau lagi.

Ia akan berkuat kuasa dari Tahun Taksiran (YA) 2018 dan dianggar meningkatkan jumlah tambahan sekitar $100 juta setahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >