Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belanjawan 2020: Pakej Bantuan Keluarga $1.6 bilion bagi keluarga

Feb 18, 2020 | 04:27 PM



UNTUK membantu keluarga mengharungi ketidaktentuan pada masa ini, pemerintah telah mengumumkan Pakej Bantuan Keluarga bernilai $1.6 bilion termasuk bayaran tunai sekali sahaja, baucar GST dan rebat bayaran perkhidmatan dan penyenggaraan (SCC).



Setiap warga Singapura berusia 21 tahun ke atas akan menerima bayaran tunai sekali sahaja, sebanyak $300, $200 atau $100, bergantung kepada gaji masing-masing, pada tahun ini.



Baucar GST tahunan - U-Save, yang memberi rebat untuk membantu keluarga yang tinggal di flat HDB dengan perbelanjaan utiliti mereka akan digandakan tahun ini melalui baucar GST sekali sahaja. 



Dinamakan U-Save Special Payment, ia akan diberikan kepada setiap isi rumah yang layak.



Selain itu, rebat SCC juga akan dilanjutkan selama setahun lagi.



Dalam ucapannya, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Heng Swee Keat juga mengatakan bahawa warga Singapura yang berpendapatan rendah akan menerima bantuan tambahan.



Pemerintah juga akan membantu lebih ramai warga yang memerlukan dengan memberikan Baucar Barangan Dapur berjumlah $100 setiap tahun bagi 2020 dan 2021. Baucar ini boleh digunakan di pasar raya terkemuka.



Secara keseluruhan, Pakej  Bantuan Keluarga ini akan membantu keluarga muda sebanyak sekitar $1,300. Keluarga 3-Gen boleh menerima lebih iaitu sekitar $1,800.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >