Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belia bangun aplikasi 'selamatkan' sisa makanan

Aplikasi Makan Rescue telah dimuat turun 6,500 pengguna
Nov 19, 2019 | 05:30 AM



Dalam tempoh 10 tahun, sisa makanan yang dihasilkan di Singapura meningkat 30 peratus lantas, menjadikan pembaziran makanan antara aliran sisa terbesar di negara ini. Untuk mencegah masalah itu, pelbagai usaha dan aplikasi dibangunkan bagi mempertingkatkan kesedaran tentang pembaziran makanan. Wartawan AYU ARDINI ZULKHAIRIL (ayuardini@sph.com.sg) melaporkan.



JADILAH adi wira dengan menyelamatkan baki makanan!



Itulah 'misi' yang ingin dicapai oleh empat pelajar Universiti Nasional Singapura (NUS) dan Universiti Pengurusan Singapura (SMU) apabila mereka membangunkan satu aplikasi untuk 'menyelamatkan' sisa makanan daripada dibuang.



Aplikasi 'Makan Rescue' yang dilancarkan pada 15 Februari lalu menerusi sebuah acara yang mempromosikan gaya hidup mesra-alam, NUS Goes Lite, merupakan inisiatif gabungan Encik Tengku Muhammad Hafidzuddin Tengku Ibrahim, 27 tahun, Encik Mohammad Hazmie Ja'afar dan Encik Musa Rahamat, 26 tahun serta Encik Ahmad Syafiq Ruhazat, 24 tahun.



Sejauh ini, 6,500 orang telah memuat turun aplikasi itu, 879 daripadanya merupakan pengguna aktif yang menggunakan ia sebagai wadah untuk mengongsi makanan mahupun mencari makanan.



Menjelaskan lanjut, Encik Syafiq berkata:



"Tengku, Musa dan Hazmie mendapati Singapura menghadapi masalah pembaziran makanan dan menyuarakan hal tersebut sewaktu menyertai acara SG100 National Hack-A-Thon pada Julai tahun lalu.



"Ekoran kejuaraan mereka dalam peraduan Hack-A-Thon, mereka terdorong untuk merealisasikan idea tersebut dengan menghasilkan aplikasi ini yang bertujuan untuk mengurangkan pembaziran," ujarnya yang menyertai kumpulan tersebut sebagai pembangun aplikasi pada September 2018.



Menggunakan kemudahan teknologi, kaedah itu membolehkan pengguna asasnya iaitu penuntut NUS, SMU dan Universiti Teknologi Nanyang (NTU) untuk menerima makluman, jika terdapat lebihan makanan di institusi tersebut setelah memuatturunkan aplikasi Makan Rescue melalui Google Play atau Apple App Store.



Pengguna juga boleh menggunakan wadah tersebut untuk mengongsi lokasi makanan lebihan dengan memuatnaikkan foto makanan lebihan yang ada dan tarikh luput makanan tersebut.



Bahkan, ciri terbaru aplikasi itu membolehkan lokasi di luar kampus untuk menyenaraikan makanan lebihan mereka melalui fungsi 'Others'.



"Baru-baru ini, aplikasi kami turut digunakan dalam sebuah majlis perkahwinan," ujar lulusan Sistem Maklumat SMU, Encik Hazmie, yang kini bekerja sebagai auditor teknologi maklumat (IT).



Dalam pada itu, kumpulan itu bakal mengembangkan inisiatif mereka kepada orang ramai.



"Memandangkan sambutan daripada pengguna asas kami memberangsangkan, aplikasi ini akan diluaskan ke universiti lain, politeknik serta Institut Pendidikan Teknologi (ITE)," ujar siswa tahun akhir bidang Komputer Sains NUS, Encik Syafiq.



Malahan, mereka turut berhasrat mengadakan pelancaran awam setelah meluaskan usaha tersebut agar aplikasi itu dapat dimanfaatkan oleh orang ramai.



"Kami dalam proses melakukan memperbaharui aplikasi ini supaya ia lebih berkesan dalam melaksanakan perkongsian makanan di kawasan perumahan dan kami menjangka untuk melancarkannya pada Februari depan," kata beliau sambil berharap ia juga dapat dimanfaatkan golongan yang memerlukan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >