Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belia bersemangat dalami, perjuang biodiversiti negara

Jun 12, 2023 | 03:03 PM



Topik dan isu mengenai alam semula jadi dan biodiversiti merupakan sesuatu yang amat rapat di hati Encik Muhammad Nasry Abdul Nasir.

Meskipun usianya masih muda – baru mencecah 24 tahun – ia bukanlah penghalang bagi beliau mendalami bidang biodiversiti dan pelaksanaan dasarnya.

Bagi dirinya, jika seseorang itu mahu menjadi pendukung usaha biodiversiti dan memelihara alam sekitar, penting bagi mereka mempunyai pemahaman asas mengenai perkara tersebut.

Baru-baru ini, Encik Nasry, pelajar tahun kedua bidang sains alam sekitar di Universiti Teknologi Nanyang (NTU), merupakan antara 10 belia di bawah usia 35 tahun yang diiktiraf dengan anugerah 10 for Zero Awards oleh Conservation International Singapore atas sumbangan besar mereka kepada usaha pemuliharaan dan perlindungan alam sekitar di sini.


“Saya sebenarnya sudah lama berkecimpung dalam bidang biodiversiti.

“Sewaktu saya menjadi sukarelawan dengan beberapa kumpulan alam semula jadi di sini, termasuk bersama Taman Haiwan Singapura, saya mendapati bahawa saya mula minat terhadap dasar biodiversiti.

“Ia merupakan dua perkara yang sangat berbeza apabila anda perlu bekerja memelihara haiwan dan alam semula jadi berbanding dengan apabila anda menjadi sebahagian daripada kumpulan pengurusan yang mampu menyumbang idea dalam membuat keputusan penting.

“Itulah sebabnya saya memutuskan untuk menumpukan sebahagian besar usaha saya terhadap menyumbang kepada penggubalan dasar bagi biodiversiti di sini,” kata Encik Nasry.

Minat terhadap biodiversiti juga telah mendorong beliau menyertai kumpulan Singapore Youth Voices for Biodiversity (SYVB) sekitar tiga tahun lalu.

SYVB yang ditubuhkan pada 2019 bertujuan memperkasa belia Singapura untuk bersuara dan memainkan peranan dalam sebarang keputusan yang melibatkan biodiversiti di sini.

Antara program yang dianjurkan kumpulan tersebut termasuk acara berjalan kaki bagi menyaksikan biodiversiti di Singapura seperti yang wujud di hutan-hutan atau rizab alam semula jadi sekitar negara.

Beliau, yang kini dilantik sebagai pengarah eksekutif kumpulan tersebut, berharap menerusi program yang mereka jalankan, ia dapat menyumbang kepada usaha meningkatkan kesedaran orang ramai, terutama dalam kalangan belia, mengenai biodiversiti dan pada masa yang sama bertindak bagi memelihara biodiversiti di negara ini.

Sehubungan itu, beliau percaya belia mampu memainkan peranan lebih besar dengan menyumbang ke arah mereka dan pelaksanaan dasar negara dalam melindungi biodiversiti.

Sebagai salah satu kumpulan aktivis alam sekitar belia di sini, SYVB juga pernah diundang pemerintah bagi menyuarakan pandangan mereka berkaitan sebarang projek pembinaan dan pembangunan yang melibatkan ruang-ruang hijau.

Mereka kini mengusahakan sebuah projek bagi memperkenalkan topik dan mata pelajaran biodiversiti di sekolah sebelum mengemukakan cadangan mereka itu kepada pihak Kementerian Pendidikan (MOE).

“Pasukan kami telah berkongsi pandangan kepada pemerintah agar memperkenalkan lebih banyak program pendidikan yang menyentuh tentang biodiversiti di sekolah.

“Apa yang saya dan pasukan saya di SYVB sedang lakukan sekarang adalah mengusahakan satu program pembelajaran yang dapat diterapkan dalam sistem pendidikan kita.

“Kami sedang melihat bagaimana kami dapat memasukkan pembelajaran biodiversiti di Singapura ini dalam sukatan pelajaran MOE.

“Jadi rancangan kami sebenarnya adalah mengongsi idea-idea ini kepada guru serta pihak MOE dan memberitahu mereka bahawa kami sebenarnya mempunyai rancangan ini dan telah melakukan kerja-kerja asas.

“Oleh itu, jika kami ingin menetapkan perubahan, kami perlu sentiasa bersikap proaktif dan kami sangat berharap guru dan MOE berminat menerima pakai idea ini dalam sukatan pelajaran sekolah kita,” tambah Encik Nasry.

Mengulas tentang anugerah 10 for Zero Awards yang diterimanya, Encik Nasry berkata ia merupakan satu pengiktirafan yang besar bagi dirinya dan bersyukur segala usahanya mendapat perhatian.


Anugerah yang diadakan buat julung kalinya itu merupakan satu inisiatif baru yang bertujuan mengiktiraf, merai dan memperkasa pendukung alam sekitar muda yang mempunyai minat mendalam terhadap alam semula jadi serta menjadi pejuang pembangunan mampan dan tindakan iklim.

“Saya tidak sangka saya akan dipilih menerima anugerah ini.

“Ia merupakan satu pengiktirafan yang sangat besar bagi diri saya kerana boleh dikatakan saya agak baru berbanding pemenang lain.

“Mereka telah menghabiskan lebih banyak masa bertahun-tahun lamanya untuk membuat perubahan.

“Jadi untuk diiktiraf di samping mereka, saya amat berbesar hati dan amat berterima kasih atas peluang yang diberikan kepada saya untuk mengembangkan rangkaian saya, meluaskan jangkauan saya dan juga membina kemahiran saya sebagai pendukung biodiversiti di negara kita,” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >