Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belia keperluan khas azam selesaikan misi 'mendaki' Gunung Fuji

Feb 28, 2021 | 05:30 AM



DUA tahun lalu, beliau merupakan antara 10 individu berkeperluan khas yang telah mendaki Gunung Fuji di Jepun, namun terpaksa berhenti sebelum tiba di puncak disebabkan keadaan cuaca yang tidak baik.



Tahun ini, Encik Harun Rahamad, 32 tahun, meletakkan matlamat untuk 'selesaikan' cabaran tersebut dalam acara Cabaran Inklusif Keperluan Khas YMCA.



Walaupun tidak dapat ke Jepun tahun ini, Encik Harun, yang mengalami palsi serebrum, merupakan antara lapan duta YMCA berkeperluan khas yang akan 'mendaki' Gunung Fuji dengan mengumpulkan sebanyak 3,776 meter dari segi ketinggian.



Ini dilakukan dengan merakam dan mengumpulkan jarak yang didaki - sama ada di taman atau bangunan di Singapura - melalui aplikasi telefon bijak.



Lapan duta itu termasuk individu yang mengalami masalah penglihatan, autisme, Sindrom Down dan kelewatan kelembapan global (GDD).



Sekitar 120 peserta lain turut mengambil bahagian dalam acara itu.



Cabaran Inklusif Keperluan Khas YMCA 2021, yang akan berlangsung selama tiga bulan, dirasmikan oleh Presiden Halimah Yacob di Taman Inklusif Istana semalam.



Presiden Halimah telah berinteraksi dengan duta YMCA dan merasmikan permulaaan 'pendakian' mereka di Fort Canning.



Beliau juga telah menyampaikan mesej melalui video. Katanya:



"Saya berbesar hati melihat keyakinan dan keberanian yang dipaparkan YMCA dan duta keperluan khas mereka.



"Ini membuktikan bahawa mereka yang berkeperluan khas juga memiliki bakat istimewa."



Acara tersebut bertujuan memperkasa belia berkeperluan khas serta meningkatkan kesedaran umum mengenai program YMCA.



Ia juga menyasarkan untuk mengumpulkan dana $250,000 untuk menyokong pelbagai program YMCA dalam memberikan sokongan kepada belia berkeperluan khas.



Menurut Encik Harun, beliau merancang mendaki bukit-bukit dan menggunakan tangga di bangunan sekitar Singapura untuk merakamkan ketinggian yang diperlukan.



"Memang mencabar untuk mendapatkan ukuran ketinggian yang ditetapkan itu tapi saya percaya dengan keazaman yang kuat dan ketabahan, kita dapat capai matlamat ini dan mendaki Gunung Fuji hingga ke puncaknya secara virtual (maya)," katanya.



Menurut Encik Harun lagi, cabaran ini penting untuk mewujudkan kesedaran tentang keupayaan mereka yang berkeperluan khas dan membentuk masyarakat yang inklusif.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >