Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belum beroperasi namun Pelabuhan Tuas mula diguna simpan kontena

Oct 22, 2021 | 05:30 AM



MESKIPUN belum beroperasi, pelabuhan di Tuas sudah pun digunakan untuk menyimpan kontena, manakala pelabuhan lain di Singapura pula kini memanfaatkan rizab mereka untuk membantu mengatasi gangguan rantaian bekalan global.



Cabaran yang dihadapi itu adalah akibat kekurangan tenaga kerja dan penutupan pelabuhan di tempat lain yang sebahagiannya disebabkan sekatan Covid-19, serta permintaan barangan yang meningkat apabila pengguna kembali berbelanja setelah pandemik reda.



Pelabuhan yang masih dibuka di Singapura kini menghadapi kesesakan, dengan lebih banyak kontena yang tersekat dalam transit sementara menunggu untuk dihantar, lapor The Straits Times.



Kapasiti 2,000 TEU (unit sepanjang 20 kaki) yang dibuka di pelabuhan Tuas bulan lalu ialah tambahan kepada ruang penyimpanan 65,000 TEU yang dilancarkan di terminal Keppel akhir tahun lalu.



Unit itu merujuk kepada dimensi kontena kiriman biasa.



Cabaran itu dihadapi meskipun 2,500 pekerja setempat telah ditambah kepada tenaga kerja maritim, meningkatkan bilangan pekerja pelabuhan sekitar 20 peratus.



Menteri Negara Kanan Pengangkutan Chee Hong Tat berkata kelmarin bahawa Singapura berusaha sebaik mungkin untuk membantu kapal kargo mengejar kembali masa yang hilang, dan menyediakan lebih banyak ruang apabila diperlukan.



"Kami telah menjadi pelabuhan yang dipilih syarikat pelayaran untuk mengejar kembali masa yang hilang dan sambungan yang terjejas, dan untuk mengatasi beberapa cabaran operasi mereka.



"Kami juga merupakan pusat sehenti, yang menawarkan pelbagai perkhidmatan berbeza kepada syarikat perkapalan... seperti bunkering, bekalan, perubahan kru," katanya.



Tapi ini juga mendatangkan kos kepada Singapura.



"Apabila kami berbuat demikian, sedang ia membantu mengurangkan kelewatan keseluruhan rantaian bekalan global ... kontena tersimpan di ruang kami lebih lama daripada sebelumnya.



"Sedang lebih banyak kapal datang ke Singapura untuk menggunakan perkhidmatan sehenti... ia juga menambah kepada masa menunggu (di sini)," kata Encik Chee.



Dalam satu sidang media untuk menerangkan respons negara ini kepada krisis perkapalan, Encik Chee berkata orang ramai harus bersikap realistik mengenai apa yang boleh dilakukan sebuah negara sebagai satu sahaja pemain dalam rangkaian global kompleks.



Tetapi Singapura boleh berusaha untuk mengurangkan kesan masalah tersebut, dan langkah ini adalah "berdasarkan pertimbangan strategi jangka lebih panjang dan kerana kami mengiktiraf tanggungjawab global kami sebagai pelabuhan perkapalan yang penting", katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >