Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bencoolen Street mesra pejalan kaki, basikal apabila dibuka semula

Nov 10, 2016 | 12:22 PM



BENCOOLEN STREET akan berciri 'kurang kereta', atau car-lite, apabila ia dibuka semula tahun depan.



Jalan itu akan mempunyai reka bentuk dengan laluan pejalan kaki lebih luas dan laluan khusus bagi basikal, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Khamis (10 Nov).



Menurut LTA, pejalan kaki boleh menjangka laluan pejalan kaki yang dibarisi pokok dan laluan berumbung antara stesen MRT Bencoolen yang akan datang dan pembangunan berdekatan, seperti Manulife Centre.



Penunggang basikal boleh menjangka 125 tempat letak basikal dan mempunyai laluan khusus di sepanjang jalan yang akan menyambung Rochor Canal dan laluan Koridor Utara-Selatan yang dirancang ke Daerah Pusat Perniagaan.



Bencoolen Street sedang ditutup bagi pembinaan stesen MRT Bencoolen Laluan Downtown, tetapi dijangka dibuka semula pada suku pertama 2017.



Pengguna jalan raya boleh menjangka beberapa penyesuaian trafik dalam proses itu, kata LTA.



Bahagian Bencoolen Street antara Middle Road dan Bras Basah Road akan dibuka semula pada Ahad (13 Nov).



Mulai Ahad dan seterusnya, hanya bas boleh belok kiri dari Bencoolen Street ke Bras Basah Road. Waterloo Street akan menjadi jalan dua hala dan arah trafik bagi Queen Street akan ditukar ke arah Bras Basah Road.



Sebuah lorong khusus bas di Bencoolen Street akan dibuka pada 11 Dis. Pada hari itu juga, bahagian Prinsep Street dan Selegie Road antara Bras Basah Road dan Middle Road akan menjadi jalan sehala.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >