Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bengkel bahasa isyarat menjadi pendedahan ilmu baru

Jun 06, 2023 | 10:48 AM



SEBAGAI seorang pemimpin di sekolah, Cik Salwa Sanaullah Khan percaya bahawa beliau lebih sedia untuk mengharungi rintangan di luar. Sebagai Ahli Exco ketua pelajar di Madrasah Al-Arabiah Al-Islamiah, Cik Salwa, berusia 17 tahun, merancang dan memimpin rakan-rakannya dalam pelbagai projek di sekolah.

Salah sebuah projek yang diketuai oleh beliau adalah bengkel bahasa isyarat untuk pelajar tingkatan tiga. Beliau telah memimpin kumpulannya untuk bekerjasama dengan Persatuan Orang Pekak Singapura (SaDeaf) untuk memahami lebih lanjut mengenai kehidupan orang pekak dan cabaran yang mereka hadapi.

Melalui kerjasama ini, peserta bengkel dapat mempelajari asas bahasa isyarat, cabaran yang dihadapi oleh orang pekak, serta etika interaksi dengan orang pekak.

“Sebenarnya, saya sendiri tidak terlalu memahami kehidupan orang pekak. Walaupun projek ini adalah untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran pelajar tingkatan tiga, saya sendiri telah belajar banyak,” kata Cik Salwa, yang juga merupakan pelajar madrasah tingkatan GCE ‘O’ yang menerima anugerah dalam Anugerah Madrasah ke-7 yang dianjurkan oleh Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM) pada Jumaat.

Bagi beliau, selain daripada meningkatkan kesedaran masyarakat, beliau juga mendapat peluang untuk mengasah kemahiran memimpin orang lain, yang merupakan satu kemahiran yang berharga.

“Melalui peluang-peluang kepimpinan ini, saya dapat melatih kemahiran berkomunikasi, mendengar, dan berfikir. Saya rasa ini semua adalah penting bagi perkembangan saya pada masa depan,” jelasnya.

Dengan rasa empati terhadap golongan dalam masyarakat, beliau berharap dapat menggunakan minatnya dalam Teknologi Maklumat (IT) untuk menghasilkan aplikasi atau laman web yang dapat membantu masyarakat Islam setempat.

Beliau kini sedang melanjutkan pengajiannya di Institut Pendidikan Tinggi Kaplan dalam bidang IT.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >