Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SEKITAR RAMADAN

Bengkel seni bagi penerima bantuan, penakat kesihatan mental

Rahayu alu-alu inisiatif kumpulan seni, Variasi Performing Arts, sebagai contoh keupayaan pelbagai pertubuhan tangani isu penting dalam masyarakat
Mar 28, 2023 | 05:30 AM



LEBIH 50 peserta terdiri daripada penerima bantuan termasuk penakat kesihatan mental telah menyertai program bengkel kesenian seperti lukisan batik dan terapi tarian serta drama yang bertujuan menawarkan sokongan moral kepada golongan tersebut.



Bengkel diberi nama ArtsAlive anjuran kumpulan seni Variasi Performing Arts itu yang merupakan sebahagian Projek Jalinan 2023 antara lain turut menawarkan ruang kepada para penerima bantuan meluahkan kreativiti mereka menerusi seni.



Projek Jalinan - Mekar Mentari (Nyalakan!) 2023 merupakan projek pendekatan masyarakat pimpinan para belia kumpulan Variasi terdiri daripada aktivis serta sukarelawan seni.



Satu siri program kesedaran selama empat minggu berlangsung antara 4 Mac hingga 31 Mac - turut meliputi paparan temu ramah oleh duta kesihatan mental Mekar Mentari, serta kisah-kisah kemanusiaan menerusi media sosial.



Ia berakhir dengan satu majlis iftar yang berlangsung pada Ahad, 26 Mac, yang dihadiri para penakat kesihatan mental selain keluarga berpendapatan rendah.



Majlis iftar yang berlangsung di Kolej Perkhidmatan Awam Bukit Batok itu turut dihadiri Setiausaha Parlimen Kanan (Kesihatan merangkap Undang-Undang), Cik Rahayu Mahzam.



Semasa ditemui media, Cik Rahayu mengalu-alukan inisiatif tersebut yang diharap dapat terus diluas dan dipelbagaikan.



"Ia menunjukkan bagaimana pertubuhan berbeza mempunyai kemampuan berlainan untuk menangani satu isu penting dalam masyarakat.



"Isu kesihatan mental ini lebih disedari semasa pandemik Covid-19 yang turut menjejas masyarakat kita," kata Cik Rahayu.



Memberikan responsnya, Presiden dan Pengarah Artistik Variasi, Raja Hamzah Raja Zulkifli, berkata kumpulan itu telah berkembang sayapnya setelah 22 tahun - bukan sahaja dalam bidang kesenian dan kebudayaan, malah memperkasa belia dengan program kemasyarakatan seperti advokasi dan pendekatan masyarakat, termasuk Projek Jalinan.



"Projek Jalinan adalah sebuah projek rintis yang dikendalikan sejak 2019 di mana para relawan dan belia mengadakan program-program yang dapat memanfaatkan masyarakat.



"Seperti tahun ini, Variasi menumpukan kepada kesihatan mental.



"Melalui Projek Jalinan yang sudah bermula pada awal bulan ini, ia mengajak masyarakat terutamanya belia mengenali dan faham tentang isu kesihatan mental serta bantuan yang diperlukan," ujarnya.



Menurut kenyataan yang dikeluarkan kumpulan seni itu, projek tersebut mendapat sokongan Kelab Heal, Muda.sg, Dana Our Singapore, Yayasan Hong Leong dan Pertubuhan Akar Umbi Bukit Batok.



Projek Jalinan mula dirintis pada 2019 dengan tujuan menghubungkan orang ramai menerusi usaha memberi balik kepada masyarakat.



Ini termasuk acara berkongsi jamuan dengan penerima bantuan yang terdiri daripada ibu tunggal, warga senja yang tinggal sendirian serta keluarga berpendapatan rendah.



Pada 2022 usaha sedemikian diteruskan dengan tumpuan diberi kepada keluarga berpendapatan rendah menerusi kegiatan menaja keperluan rumah, makanan selain sumbangan wang tunai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >