Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bengkel SG bantu Asia Tenggara teroka pembiayaan hijau kenderaan elektrik

Aug 04, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA akan menganjurkan bengkel untuk membantu pemerintah di Asia Tenggara meneroka pilihan pembiayaan hijau bagi kenderaan elektrik serta pengangkutan mesra alam dalam beberapa minggu akan datang.



Menteri Kedua (Kewangan merangkap Pembangunan Negara), Cik Indranee Rajah, berkata demikian pada hari kedua Forum Infrastruktur Asia semalam.



Inisiatif itu merupakan sebahagian daripada kerjasama yang dimeterai pada 2019 antara pejabat pemudahan pemerintah Infrastructure Asia dengan Bank Pembangunan Asia (ADB).



Perjanjian itu kini telah diperbaharui dan dua pihak itu akan bekerjasama untuk mengendali siri klinik kewangan untuk menggalak pemerintah mengambil kira pertimbangan kemampanan dalam usaha membangunkan program infrastruktur mereka.



Pegawai pemerintah serantau dan pakar industri akan berhimpun di bengkel itu untuk memaparkan contoh yang berjaya sebelum ini.



Semasa mengumumkan kerjasama itu semalam, Cik Indranee, yang juga Menteri di Pejabat Perdana Menteri, berkata klinik yang akan dianjurkan itu akan memperkukuh dan mengembangkan projek infrastruktur mampan yang boleh dipercayai di rantau ini.



Ini akan membolehkan rantau ini memanfaatkan sumber pembiayaan komersial dengan lebih baik dan bergerak lebih dekat ke arah mencapai masa akan datang sifar bersih.



Cik Indranee turut menarik perhatian peranan bank pembangunan berbilang hala (MDB) seperti ADB dalam usaha menggalak peluang pembangunan di rantau ini.



Semasa berucap di Pusat Konvensyen dan Ekspo Sands, Cik Indranee berkata MDB telah mengikrarkan sejumlah AS$66 bilion ($91 bilion) bagi kewangan iklim pada 2020.



Ini telah menarik komitmen berjumlah AS$85 bilion pada tahun itu daripada pihak awam dan swasta untuk melabur bersama dalam bidang kegiatan penyesuaian dan pengurangan iklim di samping MDB.



"Selain menyumbang modal, MDB turut menyokong pembangunan keupayaan di rantau ini dengan berkongsi kepakaran dan pengetahuan, menawarkan nasihat struktur projek dan mengendalikan program membina keupayaan," ujarnya.



Infrastructure Asia turut menandatangi satu Memorandum Persefahaman (MOU) baru bersama agensi penggalakan pelaburan nasional India, Invest India.



Kerjasama itu akan menyokong pembangunan infrastruktur di India dan menggalak kerjasama sektor swasta menerusi perkongsian pengetahuan dan nasihat bagi pembiayaan dan pelaksanaan projek infrastruktur.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >