Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FOKUS BERITA

Berbaloi ambil anak angkat walau kos tinggi, proses tidak mudah

May 14, 2022 | 05:30 AM



MENGAMBIL anak angkat adalah pilihan yang tidak boleh diambil ringan.



Ia satu tanggungjawab yang memerlukan bukan kesediaan kewangan sahaja, bahkan mental dan fizikal.



Disebabkan itulah Cik Nursyazanna Syaira Md Suhimi dan suaminya terpaksa berbincang mengenai persoalan yang tidak selalunya dibincangkan ibu bapa kandung, sebelum memutuskan mengambil anak angkat.



Antaranya ialah siapa dapat memberi sokongan dalam penjagaan anak tersebut dan apakah ibu bapa dan anggota keluarga mereka menyokong keputusan itu.



Isu lain termasuk aspek kewangan dan cara mendisiplin serta membesarkan anak itu, kata Cik Syaira kepada Berita Harian.



"Bakal ibu bapa angkat harus bersedia mengadakan perbualan mendalam mengenai isu-isu ini sebelum benar-benar memutuskan apakah mengambil anak angkat sesuai buat mereka," kata pemilik bersama Fluff Bakery itu, yang mengalu-alu langkah pemerintah mengetatkan kriteria kelayakan bagi bakal ibu bapa angkat.



Berkongsi mengapa beliau dan suaminya tergerak hati mengambil anak angkat, Cik Syaira, 34 tahun, berkata suaminya mengalami keadaan kesihatan yang menyebabkan sukar bagi mereka mendapatkan anak.



Rawatan yang dijalani beberapa kali tidak memberi kesan mengalakkan. Justeru, pasangan itu memutuskan mengambil anak angkat memandangkan rawatan kesuburan amat mahal.



"Ia merupakan pilihan antara menghabiskan lebih banyak duit bagi tempoh yang tidak menentu dan mempunyai anak yang bukan anak kandung saya, dan keputusan tersebut mudah bagi saya kerana saya benar-benar inginkan seorang anak untuk mencurahkan kasih sayang dan membesarkannya seperti anak saya sendiri," ujar Cik Syaira.



Menerusi pusat khidmat sosial Apkim, beliau akhirnya dipadankan dengan anak angkatnya, Noah Ashraf, tiga tahun lalu.



Mengimbas kembali pertemuan pertama dengan anaknya, Cik Syaira berkata beliau dan suaminya dimaklumkan bahawa mereka boleh membawa anak angkat mereka pulang dalam tempoh singkat - tiga jam sebelum bayi berusia dua hari itu boleh keluar hospital.



"Bagi kami, ia kejutan yang amat menggembirakan," ujar Cik Syaira, yang mendorong laktasi untuk mengeluarkan susu supaya dapat menjadikan anak angkatnya mahram beliau sebagai anak susuan.



Beliau berkongsi bahawa kos mengambil anak angkatnya ialah kira-kira $8,000, dan proses mengambil anak angkat tidak mudah namun ia semua berbaloi.



Mengenai persoalan apakah beliau akan merahsiakan status Noah sebagai anak angkat, Cik Syaira berkata beliau percaya akan kepentingan memberitahu anaknya perkara itu.



"Saya percaya diambil sebagai anak angkat bukanlah sesuatu yang memalukan, jadi mengapa ia patut dirahsiakan?



"Mengambil anak angkat ialah perkara indah. Lagi lama ia dirahsiakan, lebih sukar untuk memberitahu anak tersebut," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >