Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Berbaloi timba kedua-dua jurusan bisnes dan IT

Sep 13, 2021 | 05:30 AM



DI politeknik beliau mengambil jurusan bisnes, manakala di universiti pula beliau mendalami bidang teknologi maklumat (IT).



Kedua-duanya bidang berbeza, namun bagi Encik Fakhrul Fais Sirat, pendedahan mempelajari kededua bidang ini mendatangkan manfaat dan memberi beliau perjalanan kerjaya yang dianggap "lebih memuaskan".



Encik Fakhrul, 26 tahun, baru-baru ini meraih segulung ijazah Sarjana Muda Sains (Sistem Maklumat) dengan Merit dari Universiti Pengurusan Singapura (SMU).



Beliau merupakan salah seorang daripada 2,978 siswasah SMU dalam kohort tahun ini.



"Selepas lulus dari politeknik ramai yang menjangkakan saya ambil laluan biasa iaitu il ijazah dalam pengurusan bisnes," ujarnya. Encik Fakhrul juga merupakan lulusan Diploma dalam Pengurusan Bisnes dari Politeknik Nanyang.



"Tapi, selepas berfikir panjang, saya putuskan untuk belajar jurusan Sistem Maklumat sebab IT menjadi semakin lazim dalam kehidupan harian kita. Saya fikir, pada dasarnya, melaksanakan IT dalam bisnes akan memberi saya perjalanan yang lebih memuaskan," katanya lagi.



Keputusan itu berbaloi.



"Dalam meneroka Sistem Maklumat sebagai laluan alternatif kepada Pengurusan Bisnes, saya dapati saya benar-benar suka melakukan pengekodan (dalam Python) dan saya seronok melakukan kerja saya buat masa ini yang melibatkan banyak pengekodan," jelasnya.



Encik Fakhrul kini bertugas sebagai penganalisis data di sebuah syarikat kecil dan sederhana (SME), CKE Manufacturing Pte Ltd.



Syarikat pembuatan bahagian peralatan dalam industri minyak dan gas itu juga merupakan syarikat tempat Encik Fakhrul menjalani program latihan pelajarnya.



Sepanjang empat tahun di SMU, Encik Fakhrul turut terlibat dalam kerja kemasyarakatan.



Beliau dilantik sebagai ketua program bagi Projek Xingfu 8 pada 2019, yang bertujuan membantu dan memperkasa wanita dan kanak-kanak pelarian Rohingya di Malaysia.



Kanak-kanak itu diberikan pelajaran akademik dan bukan akademik seperti kebersihan diri, sementara wanita di Pusat Reyna di Johor Bahru dilengkapi dengan pengetahuan dan kemahiran seperti merancang kewangan dan menjahit.



Pada 2020, Encik Fakhrul, selaku ketua bersama Projek Xingfu 9, menjalankan program dalam talian selama seminggu untuk kanak-kanak di Rumah Tumpangan Kanak-Kanak Jamiyah di Singapura.



Projek relawan luar negara itu diubah menjadi program dalam negeri tahun lalu akibat pandemik Covid-19, terang Encik Fakhrul.



Secara keseluruhan, beliau telah meluangkan 196 jam dalam kerja kemasyaratan sepanjang tempohnya di SMU.



Pencapaian Encik Fakhrul meraih segulung ijazah juga merupakan sesuatu yang membanggakan keluarganya.



Anak keempat daripada lima beradik itu adalah siswazah pertama dalam keluarga.



Memberi penghargaan kepada ibunya yang dianggap sebagai inspirasi pada kejayaan beliau, Encik Fakhul menambah:



"Ibu saya sentiasa mendorong saya agar melakukan yang terbaik dalam pelajaran. Beliau faham betapa pentingnya pendidikan dan tidak putus-putus menekankannya kepada saya.



"Justeru, menamatkan pengajian adalah detik paling membanggakan untuk saya sebab ia adalah langkah pertama bagi saya membalas budi dan kerja keras ibu bapa saya dalam mendidik saya."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >