Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SOROTAN ISU

Beri rawatan baik gabung perubatan tradisional, teknologi

Apr 19, 2022 | 05:30 AM



KLINIK bagi Terapeutik Pemulihan Semula Lanjutan (Cart) di Hospital Tan Tock Seng (TTSH) yang berusia 10 tahun, adalah model yang berjaya kerana antara lain, ia menggabungkan pendekatan perubatan konvensional dengan teknologi pemulihan khusus seperti robotik dan realiti terimbuh, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung.



Ini telah membantu mempertingkatkan diagnosis pesakit serta membolehkan pesakit pulih semula menerusi terapi di rumah dan tanpa ke klinik.



Ini semakin penting sedang permintaan untuk khidmat bagi pemulihan semula dijangka terus meningkat, menurut Encik Ong semasa majlis pembukaan semula Cart di ruang baru, yang juga menyambut ulang tahunnya yang ke-10.



Premis baru Cart di bangunan Pusat Geriatrik TTSH itu, adalah empat kali lebih besar berbanding ruang lamanya di bangunan Pusat Perubatan TTSH dan dilengkapi dengan robot pemulihan semula yang canggih.



Encik Ong berkata dengan premis lebih luas, klinik itu bukan hanya dapat membantu bermacam pesakit, ia juga memberikan pesakit luar akses lebih cepat kepada khidmat pemulihan semula.



Menurut beliau, salah satu faktor menjadikan Cart satu model yang berjaya ialah teknologi.



"Cart menggabungkan pendekatan perubatan dan pemulihan semula dengan teknologi pemulihan semula khusus seperti robotik dan realiti terimbuh.



"Teknologi ini membaiki diagnosis dan pemantauan pesakit dan membolehkan pesakit lama-kelamaan mengawal semula pergerakan dan kekuatan mereka melalui terapi di rumah dan tanpa ke sebuah klinik," ujar Encik Ong.



Satu contoh ialah robot pemulihan semula lengan mudah alih, H-Man, yang boleh dipasang di rumah. Ia membantu pesakit mengukuhkan semula kekuatan tangan dan lengan semasa bermain menggunakan kayu bedik (joystick).



Satu lagi faktor kejayaan Cart ialah tenaga kerja dan bakat.



Encik Ong menekankan teknologi harus seiring dengan karyawan penjagaan pemulihan semula yang terlatih dan komited.



"Keperluan tenaga kerja penjagaan kesihatan semakin meningkat dalam sistem eko kesihatan kita, termasuk khidmat pemulihan semula.



"Kami akan terus bekerjasama dengan rakan latihan dan institusi pendidikan tinggi untuk menyediakan latihan dan peluang pembangunan bukan hanya untuk pelajar tetapi individu kerjaya pertengahan yang berminat memasuki dan menyumbang kepada sektor itu," terangnya.



Menurut Encik Ong lagi, kerjasama dengan masyarakat juga penting.



"Dengan bilangan penduduk semakin menua meningkat dan lebih ramai berpenyakit kronik, permintaan untuk khidmat pemulihan semula akan bertambah.



"Pemulihan semula harus dijadikan lebih mudah diakses untuk golongan pesakit lebih luas, khususnya warga emas yang menjadi lebih lemah selepas penyakit akut.



"Menerusi kerjasama masyarakat, kita dapat mengubah model penjagaan agar lebih mudah diakses kepada pesakit bukan hanya di hospital, tetapi juga dalam masyarakat," tambahnya.



Dalam hal ini, Cart menjalin perjanjian memorandum persefahaman (MOU) dengan Stroke Support Station (S3) - satu-satunya agensi kemasyarakatan pemulihan semula tertumpu kepada pesakit angin ahmar - untuk merujuk atau membantu pesakit angin ahmar dibenarkan pulang dari hospital untuk kegiatan pemulihan semula atau kesejahteraan yang berterusan.



Di bawah satu lagi MOU di antara Cart dengan syarikat Fourier Intelligence, model penjagaan baru yang menjadikan terapi robotik lebih mapan dan mudah diakses oleh pesakit dalam masyarakat boleh dijangkakan.



Cart dijangkakan menerima 30,000 pesakit setiap tahun bagi tahun depan hingga 2030. Sejak sedekad lalu, Cart telah menerima lebih 75,000 penyertaan pesakit.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >