Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bersama ceriakan Tahun Baru Cina golongan susah

Relawan Muslim turut sumbang tenaga, bakat dalam agihan habuan dan kad ucapan
Jan 09, 2023 | 05:30 AM



BIARPUN mereka sendiri tidak menyambut Tahun Baru Cina, Encik Mikail Firas Abdul Jabbar dan Cik Nafisa Kapadia berasa mereka wajar memainkan peranan membantu golongan susah yang meraikan sambutan itu.



Semalam, Encik Mikail Firas Abdul Jabbar turun padang membantu mengagihkan habuan Tahun Baru Cina kepada 50 penerima di estet perumahan Clementi Meadows.



Pengagihan itu dianjurkan oleh Dunearn Youth, bersama Persatuan Rakyat (PA), Yayasan Temasek dan Rangkaian Belia Bukit Timah.



Encik Firas adalah relawan bersama Rangkaian Belia Bukit Timah.



"Membantu pengagihan habuan kepada golongan memerlukan seperti ini adalah satu cara baik untuk menyumbang semula kepada masyarakat.



"Memandangkan inflasi meningkat baru-baru ini, saya percaya habuan yang diberi ini dapat menjadi antara penyelesaian dalam membantu menyediakan barang keperluan pada detik-detik susah ini," ujar Encik Firas, seorang pegawai polis Perkhidmatan Negara (NS) berusia 20 tahun.



Beliau adalah antara 50 relawan yang menyumbang tenaga dalam pengagihan habuan itu.



Pengasas Dunean Youth, Cik Emily Yap, menderma Baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) untuk membeli kuih bagi diagih kepada 50 warga emas dan keluarga berpendapatan di estet itu.



Selain itu, beliau menyumbang $500 bagi perbelanjaan habuan tersebut.



Yayasan Temasek bersama beberapa penderma lain menaja barangan lain untuk membuat setiap habuan bernilai sekitar $80.



Cik Nafisa, 64 tahun, pula menyumbang dengan melukis kad Tahun Baru Cina untuk diberi kepada penerima habuan.



Beliau sering menyumbang tenaga kepada usaha sedemikian, tetapi tahun ini terpaksa rehat di rumah kerana menjalani pembedahan kaki baru-baru ini.



"Saya gemar melukis jadi saya melukis arnab dan bunga sakura pada muka kad ucapan Tahun Baru Cina. Saya harap kad-kad itu dapat menceriakan penerima," ujar Cik Nafisa, yang sudah menjadi relawan Kelab Masyarakat Bukit Timah lebih 10 tahun.



Mengulas antara tujuan utama pengagihan habuan itu, Cik Yap berkata: "Saya bimbang tentang keperluan warga tua dan keluarga memerlukan, terutama pada masa-masa sukar inflasi dan kos sara hidup lebih tinggi.



"Saya berterima kasih kepada pemerintah bagi baucar CDC ini dan ingin berkongsi nikmat saya bersama masyarakat."




"Saya bimbang tentang keperluan warga tua dan keluarga memerlukan, terutama pada masa-masa sukar inflasi dan kos sara hidup lebih tinggi."
- Cik Emily Yap, pengasas Dunearn Youth, antara penganjur agihan habuan itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >