Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PPIS

Besarnya hati dapat bahagiakan anak titipan

Apr 30, 2021 | 05:30 AM



SETIAP minggu Siti (bukan nama sebenar) tidak sabar mahu berjumpa dengan Cik Rehana.



Siti terpisah daripada ibunya semasa kecil lagi akibat pengabaian dalam penjagaannya.



Siti berada di bawah jagaan titipan, sementara ibunya bertekad untuk pulih agar dapat mengasuh anaknya dengan lebih baik pada hari kemudian kelak.



Walaupun usianya masih muda, Siti faham bahawa aturan ini hanyalah untuk sementara.



Namun, dia berasa gembira kerana dapat berkawan dengan sukarelawan seperti Cik Rehana.



Ketika sedang membesar, Siti sering bersendirian dan elak bergaul dengan orang yang tidak dikenalinya mahupun rakan sebayanya kerana amat sukar baginya untuk bertutur lebih daripada satu perkataan.



Keadaan halangan pertuturan atau 'speech impairment' yang dihadapinya telah menjejas keyakinan dirinya dan menjadi penghalang baginya untuk senyum atau bermesra dengan orang lain.



Siti hidup dalam dunianya sendiri buat sekian lama.



Cik Rehana cuba sedaya upaya untuk mendekatkan dirinya dengan Siti agar dia lebih selesa.



Malah, Cik Rehana pernah menyamar sebagai seorang badut dan kadangkala menari hanya untuk membuat Siti tersenyum.



Dalam masa yang singkat, Siti mula tertawa kerana terhibur dengan aksi lucu Cik Rehana.



Walaupun sementara, Cik Rehana berbesar hati dapat membahagiakan Siti.



Lama-kelamaan, Siti menjadi lebih rapat dengan Cik Rehana dan kini, Siti juga sudah selesa bergurau dengannya.



Cik Rehana percaya bahawa setiap anak mempunyai cerita mereka yang tersendiri.



Dengan itu, beliau berhasrat untuk menolong kanak-kanak seperti Siti untuk mencari suara hati dan identiti mereka.



Ketika tidak sibuk bekerja, Cik Rehana dan suaminya akan meluangkan masa untuk menolong keluarga titipan yang lain.



Mereka kerap membantu untuk menghantarkan anak-anak titipan ke sekolah atau ke pemeriksaan kesihatan.



Bagi Cik Rehana dan suaminya, ini adalah salah satu cara mereka menyumbang kepada masyarakat.



Hubungan erat yang dijalin antara pasangan tersebut dengan anak-anak titipan yang disayangi amat berharga bagi mereka.



Terdapat ramai lagi anak-anak yang kurang bernasib baik seperti Siti di bawah lindungan PPIS.




CARA MENYUMBANG



Sumbangan anda hari ini bakal menerangi masa depan mereka.



Derma melalui giving.sg/ppis untuk sinari kehidupan mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >