Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bhumiband rakam lagu dengan penyanyi M'sia walau jarak memisah

Jul 24, 2022 | 06:39 AM



DENGAN kemajuan teknologi, band mapan Singapura, Bhumiband, berpeluang menjalin kerjasama dengan penyanyi dan pencipta lagu Malaysia, Airinna Namara, menerusi lagu Imaginasi Ku, meskipun terpisah oleh sempadan.



Dalam masa tiga minggu sahaja lagu tersebut dihasilkan dan kini berada di tangga ketiga carta lagu tempatan, Carta Singa Maksima, kendalian stesen radio Ria 897.



"Apabila menghasilkan 'demo' lagu Imaginasi Ku, kami sudah tetapkan irama dan bunyi tertentu yang kami inginkan.



"Kami bertuah diperkenalkan dengan Airinna yang juga senang hati dengan melodi dan pengertian di sebalik lagu itu," jelas pemain bes Bhumiband dan komposer lagu ini, Kif, 43 tahun.



Menjelaskan lebih lanjut mengenai bagaimana lagu itu tercipta, Kif menjelaskan ia tercetus daripada pengalaman teman yang menjejak bekas temanitanya dalam talian.



"Wanita itu sudah bahagia dengan rumah tangga yang dibina tetapi teman ini masih payah melupakannya dan memikirkan apa akan jadi seandainya cinta mereka tidak terputus," kata Kif.



Mereka mencari bakat baru untuk nyanyikan lagu ini dan diperkenalkan kepada Airinna oleh seorang teman.



Kata Zuher, 43 tahun, anggota Bhumiband yang mengadun lagu ini:



"Kami mahukan seseorang yang mempunyai suara melankolik tetapi mampu mendendangkan lagu rancak. Apabila kami mendengar lagu Airinna, kami serta-merta tahu kami sudah mendapat vokalis bagi Imaginasi Ku."



Reamie, 42 tahun, juga 'orang kuat' Bhumiband pula menambah:



"Sangat mudah berkomunikasi dengan Airinna. Walaupun jarak usia kami jauh, kami memiliki cita rasa muzik yang sama."



Kif pula menambah, pandemik Covid-19 kelihatannya telah membuka pintu bagi mereka bekerjasama dengan pemuzik lain dari luar negara.



"Internet benar-benar berubah dan telah memecahkan sebarang tembok halangan mahupun kaedah rakaman yang kita ketahui pada waktu silam.



"Kita harus bergerak ke depan dan nampaknya negara dunia menjadi lebih dekat di mana kita boleh berhubung dengan mereka yang berfikiran sehala," tambah Kif.



Airinna, 23 tahun, yang menghasilkan lagu Inggeris seperti Another Sad Movie dan Bad Blue Boy pula berbesar hati dapat bekerjasama dengan band Singapura buat kali pertama.



Lagu Imaginasi Ku pula diterima baik pendengar.



"Proses menghasilkan lagu itu mengambil masa tiga minggu. Bekerjasama bersama Bhumiband mudah sahaja dan menggembirakan kerana keseluruhan lagu itu sudah dirancang.



"Saya merakam vokal saya dari rumah dan saya menghantarkannya kepada mereka," tambah Airinna.



Menurutnya lagi, lirik lagu itu memang sesuatu yang 'klik' dengannya.



"Kalau nak gunakan 'emoji' bagi menggambarkan cita rasa muzik saya, pastinya ia 'emoji' senyuman dan tangisan. Ini bertepatan dengan 'mood' lagu Imaginasi Ku," jelasnya yang mula bermain piano pada usia 12 tahun.



Beliau terpengaruh dengan karya Regina Spektor dan Morissey (The Smiths) dan pernah membuat persembahan fizikal dan maya dalam program TV3, Borak Kopitiam dan Urbanscapes 2019.



Airinna juga adalah antara 22 bakat muzik Malaysia yang membuat persembahan di YouTube bagi program Pilih Kaseh.



Dalam pada itu, Kif mendedahkan Bhumiband mempunyai beberapa projek tahun ini dan berhasrat bekerjasama dengan Airinna sekali lagi.



Usaha Ard, Zuher, Reamie dan Kif kekal relevan dalam dunia muzik yang pesat berubah wajar dipuji.



"Dalam proses menghasilkan lagu, kami tidak memaksa diri untuk menjadi sebahagian lagu itu.



"Namun, kami lebih sesuaikan lagu itu untuk pendengar. Lirik yang mampu dikaitkan dengan kehidupan pendengar dan mampu mencuit perasaan adalah sangat penting bagi kami," kata Kif.



Mengenai lagu baru Adinda yang bakal disajikan pada 5 Ogos ini, ia di luar genre kebiasaan dan sangat unik kerana merupakan genre rok kanak-kanak dan diinspirasikan daripada lagu dodoi.



"Kami perdengarkan beberapa variasi lagu ini kepada anak-anak. Kami putuskan lagu Adinda ini mempunyai sentuhan si cilik - bagaimana anak-anak menyanyikan lagu ini kepada kami dalam kereta merupakan sesuatu yang kami anggap catchy," jelas Kif.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >