Subuh
5:58
Syuruk
7:16
Zuhur
1:20
Asar
4:35
Maghrib
7:21
Isyak
8:31
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan: PEJABAT PERDANA MENTERI

Bilangan kelahiran tahun lalu serupa 2020, rendah daripada sebelum Covid-19

Indranee: Pemerintah akan gandakan usaha sokong warga SG yang mahu kahwin, berkeluarga
Mar 03, 2022 | 05:30 AM



BILANGAN kelahiran penduduk Singapura tahun lalu serupa tahun sebelumnya, iaitu sekitar 34,200, menurut kiraan awal.



Kadar Kesuburan Keseluruhan (TFR) Singapura pula naik sedikit tahun lalu ke 1.12 berbanding paras paling rendah 1.10 pada 2020.



Bagaimanapun, bilangan kelahiran tahun lalu masih lebih rendah daripada sebelum pandemik Covid-19 melanda - merosot sekitar 3 peratus berbanding 2019, kata Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Cik Indranee Rajah, semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) Pejabat Perdana Menteri (PMO) semalam.



Bilangan kelahiran penduduk pada 2020 ialah 34,233 dan pada 2019 35,330.



"TFR ialah ukuran kelahiran bagi setiap wanita dalam umur boleh bersalin. Sedang bilangan kelahiran kekal serupa, bilangan wanita sedemikian telah berkurangan dalam tempoh sama, justeru TFR meningkat," kata Cik Indranee.



Mengongsi strategi pemerintah dalam membina penduduk lebih berdaya tahan, Cik Indranee berkata menaikkan kadar kelahiran adalah kunci untuk menangani cabaran demografik jangka panjang Singapura.



Oleh itu, pemerintah akan menggandakan usaha menyokong warga Singapura yang memilih berkahwin dan mempunyai anak.



Menukil tinjauan Perkahwinan dan Keibubapaan yang dijalankan tahun lalu, Cik Indranee berkata lapan dalam 10 orang muda berharap dapat berkahwin dan mempunyai anak, manakala sembilan dalam 10 warga yang telah berkahwin mahu sekurang-kurangnya dua anak.



Beliau juga berkata Perbincangan Bangkit Lebih Kukuh yang dijalankan tahun lalu mendengar cabaran yang dihadapi pasangan mempunyai isu kesuburan.



Cik Indranee berkata pemerintah akan memperkenal sokongan dana baru bagi beberapa jenis ujian genetik sebelum implantasi untuk pasangan warga Singapura.



Ini bagi menangani keprihatinan beberapa pasangan berhubung penyakit yang disebarkan secara genetik, tambahnya.



Sementara itu, bagi memberi setiap kanak-kanak permulaan baik dalam kehidupan, pemerintah akan terus melabur dalam penggalakan pendidikan dan kesihatan baik mulai usia awal.



Pasukan Bertindak Kesihatan dan Kesejahteraan Kanak-kanak dan Ibu sedang membangunkan satu strategi nasional lima tahun untuk lebih menyokong kesejahteraan kognitif, fizikal dan mental kanak-kanak dan keluarga mereka, kata Cik Indranee.



Pemerintah juga sedang menyemak langkah-langkah Perkahwinan dan Keibubapaan bagi memperkukuh sokongan buat keluarga.



Selain itu, pemerintah akan bekerjasama dengan majikan untuk menjadikan aturan kerja fleksibel satu kebiasaan, kata Cik Indranee. Butiran lanjut akan dikongsi dalam Kertas Putih tentang Pembangunan Wanita Singapura yang akan dibentangkan di Parlimen tahun ini.



"Mengamalkan aturan kerja fleksibel dan mengutamakan kesejahteraan pekerja bukan baik untuk pekerja saja, bahkan keluarga; dalam dunia pascapandemik, ini akan menjadi kunci daya saing, produktiviti dan keupayaan firma bagi merekrut dan mengekalkan bakat," katanya.



Beliau menekankan bahawa bekerja dari rumah hanya satu jenis aturan kerja fleksibel dan tidak semua jenis pekerjaan sesuai dilakukan dari rumah, tetapi semua jenis pekerjaan boleh menawarkan beberapa bentuk aturan kerja fleksibel, bergantung pada sifat pekerjaan itu.



Bentuk aturan kerja fleksibel lain termasuk aturan masa fleksibel dan aturan beban tugas fleksibel.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >