Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bilangan penduduk SG turun; pandemik Covid-19 jejas trend penduduk

Kemerosotan 4.1% adalah yang terbesar sejak 1950
Sep 29, 2021 | 05:30 AM



BILANGAN penduduk di Singapura merosot mencapai 5.45 juta sehingga Jun tahun ini, daripada 5.69 juta setahun lalu sedang kesan pandemik Covid-19 menjejas trend penduduk. Kemerosotan 4.1 peratus itu adalah yang terbesar dan pertumbuhan negatif yang ketiga sejak 1950.



Demikian laporan tahunan Sorotan Penduduk oleh Divisyen Kependudukan dan Bakat Nasional (NPTD) yang diterbitkan semalam.



Meskipun bilangan penduduk meliputi rakyat Singapura dan Penduduk Tetap (PR) susut, kemerosotan terbesar dicatatkan oleh kemerosotan 10.7 peratus bagi penduduk bukan warga dan PR.



Jumlah penduduk bukan warga dan PR, yang merangkumi tenaga kerja asing yang memegang semua jenis pas, tanggungan dan pelajar antarabangsa, susut kepada 1.47 juta orang pada Jun tahun ini daripada 1.64 juta orang setahun lalu.



Ini sebahagian besarnya disebabkan kemerosotan dalam pekerja asing di Singapura dari Jun tahun lalu hingga Jun tahun ini.



Kemerosotan itu dilihat dalam semua jenis pas, dengan pengurangan terbesar dalam pemegang permit kerja dalam sektor binaan, limbungan kapal marin, dan proses.



"Trend ini sebahagian besarnya disebabkan sekatan perjalanan dan keadaan ekonomi tidak menentu berkaitan Covid- 19," kata laporan itu.



Jumlah rakyat Singapura merosot 0.7 peratus kepada 3.5 juta orang pada Jun tahun ini daripada 3.52 juta orang pada Jun tahun lalu.



Sementara itu, jumlah PR pula turun sebanyak 6.2 peratus daripada 521,000 penduduk kepada 490,000 penduduk dalam tempoh yang sama.



Ini kali pertama bilangan penduduk warga dan PR susut sejak perangkaan itu dikumpulkan pada 1970.



Menurut laporan itu, sekatan perjalanan akibat Covid-19 juga menjejas perangkaan itu.



Ini kerana lebih ramai rakyat dan PR terus duduk di luar negara selama 12 bulan atau lebih lama disebabkan sekatan perjalanan, dan oleh itu tidak dikira sebagai sebahagian penduduk.



Sementara itu, pandemik Covid-19 turut menjejas rancangan perkahwinan dan keibubapaan warga Singapura tahun lalu berbanding 2019, dengan jumlah pasangan yang mendirikan rumah tangga merosot 12.3 peratus kepada 19,430 perkahwinan dan jumlah kelahiran pula turun 3.1 peratus kepada 31,816 bayi.



Penduduk rakyat Singapura terus semakin menua, dengan 17.6 peratus rakyat berusia 65 tahun dan ke atas pada Jun tahun ini berbanding 16.8 peratus pada tahun lalu dan 10.4 peratus pada 2011.




SEKILAS



PENDUDUK KESELURUHAN



- Jumlah keseluruhan penduduk Singapura turun daripada 5.69 juta pada Jun 2020 kepada 5.45 juta pada Jun 2021



- Jumlah rakyat Singapura susut daripada 3.52 juta penduduk kepada 3.5 juta penduduk dalam tempoh yang sama



- Jumlah PR pula merosot daripada 521,000 orang kepada 490,000 orang



- Jumlah penduduk bukan warga dan PR turun daripada 1.64 juta orang kepada 1.47 juta orang



PROFIL USIA RAKYAT



- Kadar rakyat berusia 65 tahun dan ke atas meningkat daripada 16.8% pada Jun tahun lalu kepada 17.6% pada Jun tahun ini



PERKAHWINAN DAN KEIBUBAPAAN



- Jumlah perkahwinan warga merosot daripada 22,165 pada 2019 kepada 19,430 pada tahun lalu



- Jumlah kelahiran warga juga berkurangan daripada 32,844 pada 2019 kepada 31,816 pada tahun lalu



- Jumlah kadar kesuburan keseluruhan penduduk turun daripada 1.14 pada 2019 kepada 1.10 pada tahun lalu



Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >