Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Boleh bekukan telur wanita tapi ada syarat: Irsyad Pejabat Mufti

Apr 16, 2022 | 05:30 AM



PROSES membekukan telur wanita untuk kegunaan kelak, iaitu bagi kehamilan selepas berkahwin dan bukan bagi tujuan penyelidikan, dibenarkan dalam Islam, menurut irsyad Pejabat Mufti mengenai proses pembekuan telur.



"Undang-undang Islam tidak melarang pembekuan telur manusia asalkan telur itu disenyawakan oleh sperma suami selagi pasangan itu masih berkahwin, dan bukan selepas perkahwinan itu berakhir, seperti dalam kes perceraian atau kematian," kata irsyad tersebut.



Menjawab pertanyaan Berita Harian, Pejabat Mufti juga memberi penekanan terhadap proses itu dan perlindungan telur itu selepas proses dilakukan.



"Telur telah disenyawakan perlu disimpan dengan selamat dan di bawah kawalan ketat, bagi mengelakkanya tercampur dengan sengaja atau tidak sengaja dengan telur terpelihara lain," ujar Pejabat Mufti.



Proses pembekuan telur juga tidak harus menimbulkan kesan sampingan negatif terhadap janin itu, kata kenyataan itu lagi.



Eksekutif Kanan (Kajian), Pejabat Mufti, Ustazah Nur Hafiza Roslee, berkata irsyad pada 2018 itu memastikan pembekuan telur itu selari dengan maqasid Syariah, iaitu tujuan yang ingin dicapai syariat.



Menurutnya, dalam pembekuan sel telur, objektifnya ialah meningkatkan peluang wanita mendapat zuriat dan menjadi ibu selepas mendirikan rumah tangga.



"Ini selari dengan maqasid Syariah yang bertujuan menjaga keberlangsungan keturunan kerana prosedur pembekuan sel telur salah satu usaha seseorang individu meningkatkan kebarangkalian mendapat zuriat setelah beliau bernikah kelak," jelasnya.



Beliau menambah dalam realiti kehidupan hari ini, semakin ramai wanita terpaksa menangguhkan hasrat berumah tangga atau menjadi ibu disebabkan pelbagai alasan sebab peribadi.



Justeru prosedur pembekuan telur satu ikhtiar yang memanfaatkan penggunaan teknologi bagi membantu wanita memenuhi impian menjadi ibu jika mereka bernikah pada usia agak lewat atau dek sebab perubatan tertentu.



"Secara umum, Islam membenarkan umatnya menggunakan teknologi bagi memudahkan urusan dan menyelesaikan masalah, selagi ia tidak membawa kepada sebarang bentuk kemudaratan atau menyalahi ajaran dan prinsip agama," katanya.



Namun, beberapa syarat perlu dipenuhi, antaranya wanita tidak boleh menggunakan sel telur selepas kematian suaminya, walaupun beliau masih dalam idah.



"Amatlah penting wanita Islam memastikan syarat-syarat itu dipenuhi dan dipatuhi, agar anak yang bakal dilahirkan hasil daripada prosedur itu boleh dianggap sebagai anak sah di sisi agama," tambahnya.



Beliau juga berkata Pejabat Mufti menerima beberapa permintaan masyarakat untuk menjelaskan hukum pembekuan sel telur dan proses prosedur itu.



Pihaknya mendapati setelah pembentangan Kertas Putih Pembangunan Wanita baru-baru ini, khususnya berkaitan membolehkan wanita menjalani pembekuan sel telur tanpa kira status perkahwinannya, lebih banyak soalan diterima daripada Muslimah yang ingin tahu apakah ia dibolehkan dalam Islam.



Ustazah Nur Hafiza juga menekankan masyarakat tidak harus menjadikan prosedur itu sebagai alasan untuk sengaja melambatkan usaha mendirikan rumah tangga tanpa sebab munasabah.



"Pernikahan merupakan salah satu perkara yang dianjurkan Islam, maka hendaklah mereka yang berkemampuan mengikuti anjuran tersebut," ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >