Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Boleh dapat karya penggiat seni mapan serendah $100

Anda boleh beli 33 karya koleksi 'Candy Gardens' Ahmad Abu Bakar, untuk sokong anak-anak pesalah dadah
Apr 07, 2022 | 05:30 AM



DENGAN sumbangan derma ikhlas serendah $100, mereka yang berminat boleh membawa pulang karya seni yang dihasilkan oleh penggiat seni mapan, Encik Ahmad Abu Bakar dan pada masa yang sama membantu menyokong anak-anak pesalah dadah dari segi perbelanjaan pendidikan mereka.



Sebanyak 33 karya beliau daripada koleksi 'Candy Gardens' ini akan ditampilkan di pameran Project Dedicates, yang dianjurkan bersama oleh Dana Pendidikan Harun Ghani (HGEF) dan badan penjanaan awam, Ray of Hope (ROH), dengan kerjasama gim kecergasan setempat, Fit.Bloc.



Pameran ini akan diadakan di dalam ruang studio gim yang terletak di bangunan The Oasis di Kent Ridge itu mulai esok hingga Ahad ini.



Ketika dihubungi Berita Harian (BH), Setiausaha Kehormat HGEF, Cik Haslinda Putri Harun berkata beliau amat berbesar hati dengan sokongan yang diterima dari pelbagai pihak bagi usaha pengumpulan dana ini, lebih-lebih lagi dari seorang penggiat seni seperti Encik Ahmad yang tidak asing lagi di Singapura.



"HGEF sangat bertuah kerana menjadi penerima 45 bingkisan karya seni edisi terhad daripada Encik Ahmad dari pameran 'Candy Gardens' yang sebelum ini pernah dipamerkan di Esplanade.



"Dari jumlah tersebut, sebanyak 33 bingkisan ini akan dipamerkan di pameran Project Dedicates pada hujung minggu ini.



"Mereka yang berminat boleh membawa pulangnya dengan harga serendah $100, yang kemudian akan disalurkan sepenuhnya kepada usaha mengumpul dana HGEF bagi membantu anak-anak pesalah dadah ini," kata Cik Haslinda.



Di samping itu, beliau turut melahirkan penghargaannya kepada pihak penganjur, Fit.Bloc kerana telah mengundang HGEF untuk menjadi sebahagian daripada pameran mereka itu.



Meskipun merupakan sebuah pusat sukan dan kecergasan, Cik Haslinda gembira kerana Fit.Bloc telah menunjukkan komitmen untuk menerajui usaha mewujudkan persekitaran yang lebih berjiwa masyarakat.



"Usaha ini patut dipuji kerana mereka berusaha untuk menonjolkan kesusahan yang dihadapi golongan yang 'terpinggir' kepada masyarakat umum.



"Saya amat bersyukur kerana ramai yang tampil untuk memberi sokongan kepada HGEF bagi membantu kami mengumpul dana untuk keperluan pendidikan anak-anak pesalah dadah ini.



"Sifat sedekah dan gotong-royong ini juga amat menyerlah di bulan suci Ramadan ini. Di samping itu, kita juga akan menyambut Hari Raya tidak lama lagi dan bingkisan seni istimewa ini boleh menjadi perhiasan yang menyerikan rumah penderma kami kerana ia mencerminkan jasa baik mereka," kata beliau lagi.



Sejak ditubuhkan pada 2005, HGEF telah menyediakan bantuan kewangan kepada anak penagih atau bekas penagih dadah bagi pendidikan mereka. Sepanjang masa itu, ia telah mengagihkan lebih $660,000 dalam bentuk dermasiswa kepada hampir 4,000 pelajar di sini.



Dermasiswa HGEF dianugerahkan kepada pelajar daripada semua peringkat usia dengan matlamat mendorong anak penagih atau bekas penagih dadah ini belajar hingga peringkat posmenengah.



HGEF diasaskan sebagai usaha mengenang jasa mantan setiausaha politik (Ehwal Dalam Negeri), Allahyarham Harun Abdul Ghani yang giat berusaha memerangi gejala dadah dalam kalangan masyarakat Melayu/Islam semasa hayatnya.



Bagi Encik Ahmad pula, beliau menganggap sumbangan beliau itu sebagai satu cara untuk beliau menyumbang kembali kepada masyarakat.



Ia juga menjadi tanda penghargaannya kepada Allahyarham Harun Ghani kerana telah banyak membantu beliau semasa mula bergiat dalam seni.



"Saya terhutang budi dengan arwah kerana beliaulah yang telah membantu saya dari segi kewangan untuk membeli tiket penerbangan ulang-alik ketika saya melanjutkan pelajaran saya di Universiti Tasmania satu ketika dahulu.



"Beliau juga sering memberi sokongan sepanjang perjalanan saya sebagai anak seni Singapura.



"Justeru, ini merupakan sumbangan kecil saya kepada HGEF dan berharap ia dapat membantu lebih ramai anak-anak pesalah dadah ini yang masih memerlukan bantuan.



"Dan saya juga berharap orang ramai dapat meluangkan masa hujung minggu mereka untuk hadir menunjukkan sokongan dan membuat derma kepada usaha HGEF ini," ujarnya.




''HGEF sangat bertuah kerana menjadi penerima 45 bingkisan karya seni edisi terhad daripada Encik Ahmad dari pameran 'Candy Gardens' yang sebelum ini pernah dipamerkan di Esplanade. Dari jumlah tersebut, sebanyak 33 bingkisan ini akan di pamerkan di pameran Project Dedicates pada hujung minggu ini. Mereka yang berminat boleh mendapatkannya dengan harga $100, yang kemudian akan disalurkan sepenuhnya kepada usaha mengumpul dana HGEF bagi membantu anak-anak pesalah dadah ini.''
- Setiausaha Kehormat HGEF, Cik Haslinda Putri Harun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >