Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Boleh guna kredit SkillsFuture bagi kursus tiga wadah digital

7,000 majikan hantar pekerja jalani kursus disokong SkillsFuture
Aug 21, 2021 | 05:30 AM



BERMULA bulan depan, warga Singapura berusia 25 tahun ke atas boleh menggunakan kredit SkillsFuture untuk melanggan tiga pakej pembelajaran dalam talian yang disediakan tiga platform digital.



Ini bermakna mereka yang layak boleh memilih antara lebih 80,000 kursus pembelajaran-mikro yang ditawarkan tiga penyedia khidmat pembelajaran digital itu.



Kursus yang disediakan termasuk bagi industri membangun; jagaan kesihatan dan keselamatan siber.



Usaha ini sebahagian projek rintis dua tahun melibatkan NTUC LearningHub, Gnowbe dan ZilLearn, kata satu kenyataan bersama SkillsFutureSG dan platform pembelajaran terlibat, semalam.



NTUC Learning Hub dan Gnowbe akan melancarkan platform masing-masing bulan depan, sementara ZilLearn akan berbuat demikian pada Disember.



Bercakap kepada media di pameran SkillsFuture semalam, Menteri Negara (Pendidikan) Gan Siow Huang berkata:



"Kami tahu kebanyakan orang mendapati mencabar meluangkan masa untuk belajar serta mempertingkat dan memperluas kemahiran... oleh itu (dengan platfrom baru ini), mereka boleh berbuat demikian mengikut jadual dan keselesaan sendiri di rumah."



Beliau menambah, wadah pembelajaran itu dilancarkan di tengah-tengah pandemik Covid-19, yang menekankan peri penting bersikap fleksibel, dan peri penting serta keberkesanan pembelajaran dalam talian.



Usaha terkini ini adalah sebahagian pergerakan senegara untuk memupuk budaya belajar sepanjang hayat dalam kalangan orang dewasa di Singapura dan memastikan ada pilihan bagi menjalani latihan bermutu dalam bidang yang sesuai bagi industri di sini.



Hingga akhir Jun, lebih 725,000 warga Singapura telah menggunakan kredit SkillsFuture mereka sejak skim itu dilancarkan pada 2015.



Hampir 95 peratus kursus yang dijalani menggunakan kredit SkillsFuture adalah bagi mempertingkat kemahiran profesional atau mempelajari kemahiran baru.



Lebih 7,000 majikan pula telah menghantar pekerja menghadiri kursus latihan yang disokong skim SkillsFuture, kata Cik Gan.



Tahun ini, lebih 100,000 orang menyertai bulan SkillsFuture - yang berlangsung dari 8 Julai hingga esok - bagi mempelajari berbilang kemahiran dan menyertai acara kerja.



Acara tahun ini diperluas bagi mendekati lebih banyak peserta, termasuk penghuni Rumah Tumpangan Pertapis.



Warga Singapura yang ingin menggunakan kredit SkillsFuture mereka untuk mengikuti kursus yang ditawarkan oleh platform digital baru itu boleh merujuk pada laman web MySkillsFuture.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >