Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:10
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BTO pertama di lokasi utama akan dilancar di Rochor

Syarat baru termasuk Tempoh Penginapan Minimum (MOP) selama 10 tahun bagi pastikan inklusiviti, flat dimampui semua lapisan masyarakat
Oct 28, 2021 | 05:30 AM



PROJEK Bina Mengikut Tempahan (BTO) pertama di bawah model Perumahan Awam Lokasi Utama (PLH) akan dilancarkan di kawasan Rochor pada bulan depan.



Sejumlah 960 unit flat tiga dan empat bilik akan ditawarkan di samping 40 unit flat sewa dua bilik, dalam usaha menjadikan kehidupan di lokasi bandar mudah diakses untuk semua.



Flat BTO itu akan dibina di dua tapak tanah yang terletak sepanjang Kelantan Road dan Weld Road serta bersebelahan dengan MRT Jalan Besar, menurut kenyataan Kementerian Pembangunan Negara (MND) dan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), semalam.



Sementara pembeli akan menikmati geran dan subsidi tambahan untuk membeli flat itu, syarat baru akan dilaksanakan demi memastikan inklusiviti dan dimampui semua lapisan masyarakat.



Ini termasuk Tempoh Penginapan Minimum (MOP) lebih lama - 10 tahun berbanding lima tahun sekarang - dan membataskan jualan semula kepada isi rumah bergaji $14,000 dan ke bawah.



Pemilik flat juga tidak dibenarkan menyewakan seluruh flat manakala subsidi tambahan diberikan harus dibayar balik dalam jumlah peratusan ditetapkan daripada harga jualan semula.



Mengumumkan ini dalam satu sidang media kelmarin, Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, berkata Singapura bertekad menyediakan perumahan awam di lokasi perdana dan di bandar, yang dimampui dan inklusif.



"Sebab jika anda serahkan semua kepada kuasa pasaran privet, lokasi menarik ini akan menjadi lokasi sangat mahal dan eksklusif, dengan perumahan yang hanya dimampui golongan yang berada," ujarnya.



Encik Lee menarik perhatian bahawa hal ini sudah berlaku di banyak bandar di dunia.



"Tetapi kami bertekad untuk tidak membiarkan ini berlaku di Singapura. Kami mahu memastikan bandar kita inklusif," tambahnya.



Justeru, kata Encik Lee, rakyat boleh menjangkakan lebih banyak flat di lokasi utama seperti pusat bandar dan kawasan Greater Southern Waterfront.



HDB akan melancarkan sekurang-kurangnya satu projek PHL setahun dengan jumlahnya akan disesuaikan dengan bekalan flat di kawasan lain.



Menurut Encik Lee, model PHL - yang merupakan hasil konsultasi selama 11 bulan dengan lebih 7,500 penduduk - akan memastikan perumahan awam di lokasi utama dimampui dan inklusif untuk rakyat, pada tahap pembelian awam dan penjualan semula di pasaran terbuka.



Bagi memastikan pembeli benar-benar ingin menetap di flat itu dan bukan untuk mengaup keuntungan, MOP dilanjutkan kepada 10 tahun berbanding lima tahun sekarang. Pemilik juga tidak boleh menyewakan seluruh flat bila-bila masa, walaupun selepas MOP berakhir.



"Dasar ini akan membantu memperkukuhkan niat pemilik-penginapan terhadap perumahan awam dan mengelak permintaan spekulatif dan menyederhanakan harga jualan semula," jelas Encik Lee.



Mereka yang ingin membeli flat itu di pasaran terbuka pula, harus memenuhi syarat kelayakan yang ada bagi membeli flat secara langsung dari HDB.



Ini termasuk sekurang-kurangnya seorang pemohon adalah warga Singapura dan pendapatan isi rumah tidak melebihi $14,000. Golongan bujang berusia 35 tahun ke atas tidak dibenarkan membeli flat PLH, berbanding peraturan sekarang.



"Tanpa sekatan sedemikian, harga jualan semula rumah di lokasi ini mungkin melambung ke tahap yang tidak dimampui rakyat pada masa depan. Jadi kami kekalkan sekatan jualan semula bagi sekurang-kurangnya separuh daripada tempoh pajakan 99 tahun bagi setiap flat PLH, sebelum menyemak semula," jelas Encik Lee.



Laporan lanjut - Subsidi tambahan perlu dibayar balik apabila pemilik jual flat PLH



Infografik: PROJEK BTO DI ROCHOR




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >