Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Budak 4 tahun mati akibat Covid-19 pada hari sama diuji positif

Jul 20, 2022 | 05:30 AM



SEORANG budak berusia empat tahun telah meninggal dunia akibat Covid-19, kes kedua melibatkan kanak-kanak di bawah 12 tahun.



Semalam, Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan budak perempuan itu meninggal dunia akibat pneumonia Ahad lalu.



Raisya Ufairah Mohammed Ashraff, empat tahun, meninggal dunia pada hari yang sama dia disahkan menghidap Covid-19.



Sebelum itu, anak bongsu tiga beradik itu muntah dengan banyak, disusuli mulutnya berbuih semasa hendak diberi ubat, sebelum dikejarkan ke klinik dan kemudian ke hospital.



Namun, beliau meninggal dunia sekitar dua jam kemudian, singkap ibunya Cik Mardalina Mohamed Nossi, 39 tahun, kepada Berita Harian (BH).



Pada 27 Jun lalu, seorang budak lelaki berusia 18 bulan, meninggal dunia selepas dijangkiti Covid-19. Allahyarham Zaheer Raees Ali Basharath Ali, meninggal dunia selepas mengalami komplikasi akibat Covid-19.



Semasa ditemui di flat mereka di Tampines Street 45 semalam, Cik Mardalina, seorang guru, berkata anaknya mula menunjukkan simptom seperti demam serta sakit tekak sekitar Jumaat dan Sabtu lalu, namun ujian pantas antigen (ART) yang dijalankan beliau menunjukkan tanda negatif.



Ini meskipun pembantu rumah mereka sedang mengasingkan diri dalam bilik selepas disahkan positif Covid-19 pada Rabu sebelum itu.



Namun pada malam Ahad lalu, anaknya muntah dengan banyak dan kemudian mulutnya berbuih semasa hendak diberi ubat oleh ibunya itu.



"Saya pandunya ke klinik berdekatan, memandangkan suami bekerja pada malam itu, namun semasa dalam kereta, Raisya mula tidak sedarkan diri sedang pembantu saya yang menemani kami dan cuba menyedarkannya.



"Semasa berdekatan klinik, seorang paramedik yang saya hubungi di telefon menggesa saya meletakkan anak saya di lantai tepi jalan raya, sambil seseorang yang saya tidak kenali cuba bantu berikan CPR (pernafasan kecemasan). Ambulans yang datang tidak lama kemudian membawanya ke hospital," katanya, menyingkap detik itu dengan sayu.



Sekitar dua jam selepas digegaskan ke Jabatan Kemalangan dan Kecemasan (A&E) di sebuah hospital, hati Cik Mardalina remuk apabila doktor memberitahu anaknya sudah meninggal dunia.



"Saya berkata kepadanya: Raisya, mummy reda Raisya pergi buat selamanya. Pergilah bermain di taman permainan syurga," kata Cik Mardalina dengan linangan air mata.



Allahyarhamha Raisya dikebumikan kelmarin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >