Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Budak terjatuh dari flat bulan lalu meninggal dunia

Feb 15, 2016 | 10:57 AM



SELEPAS 24 hari bertarung nyawa, seorang kanak-kanak perempuan yang terjatuh daripada sebuah flat meninggal dunia malam kelmarin.


Allahyarhamha Nur Syahamah Syahrom, yang sepatutnya menyambut ulang tahun keempat Mei ini, menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH).


Anak bongsu lima beradik perempuan itu tinggal bersama ibu bapanya di flat tingkat empat Serangoon North Avenue 4.


Ibu bapa Allahyarhamha - yang hanya dikenali sebagai Encik Syahrom, 40-an tahun , seorang pengurus di sebuah pasar raya, dan Cik Fadillah, 30-an tahun, seorang guru - terlalu sugul untuk ditemu ramah.


Salah seorang pak cik Allahyarhamha, Encik Farid Said, 43 tahun, yang ditemui wartawan telah meminta agar keluarganya tidak diganggu buat masa ini dan beliau juga enggan mengulas lanjut.


"Saya hanya minta sokongan daripada semua agar mendoakan Allahyarhamha dan berilah sokongan kepada keluarganya pada saat-saat ini.


"Kami semua reda di atas pemergiannya," jelasnya.


Seorang jurucakap polis berkata pihaknya menerima panggilan meminta pertolongan sekitar 12.38 tengah hari pada 20 Januari lalu di blok 542, Serangoon North Avenue 4.


Setiba polis di sana, seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan segera dikejarkan ke Hospital Tan Tock Seng (TTSH).


"Kanak-kanak itu meninggal dunia pada 13 Februari (kelmarin) di KKH," kata jurucakap itu sambil berkata siasatan polis masih diteruskan.


Menurut satu laporan akhbar The Straits Times pada 21 Januari lalu, Allahyarhamha dipercayai ditinggalkan seorang diri di rumah apabila kejadian itu berlaku.


Salah seorang yang melawat keluarga tersebut, Anggota Parlimen GRC Ang Mo Kio, Dr Intan Azura Mokhtar, turut melahirkan rasa sedihnya di atas pemergian kanak-kanak itu.


Jenazah Nur Syahamah tiba di flat keluarganya itu sekitar zuhur semalam.


Hujan yang turun sejurus sebelum mayat didukung keluar daripada bas mayat oleh bapanya bak menambah perasaan pilu yang menyelubungi suasana.


Salah seorang rakan karib Encik Syahrom yang enggan namanya disiarkan berkata kejadian itu bak satu tamparan hebat bagi keluarga Allahyarhamha.


"Saya kenal kanak-ka nak itu. Manja dan aktif budaknya. Tapi nampak nya Tuhan lebih sayangkan dia," katanya.


Jenazah Allahyarhamha selamat dikebumikan sekitar asar semalam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >