Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Buku elektronik karya guru dilancar

Mar 16, 2022 | 05:30 AM



SEBUAH buku elektronik mengandungi 10 cerpen untuk pelajar yang ditulis oleh guru bahasa Melayu setempat dilancarkan semalam.



Buku berjudul Antologi Janji itu bertujuan memanfaatkan teknologi untuk memupuk minat membaca dan pembelajaran kosa kata di kalangan pelajar bahasa Melayu di sini.



Buku itu juga mengandungi panduan untuk guru menggunakan cerpen-cerpen di dalam sebagai sumber pembelajaran dan pengajaran.



Pelancaran buku itu dijalankan semasa Seminar Bahasa Melayu 2022 yang dijalankan secara hibrid melalui wadah Zoom dan secara fizikal di Pusat Bahasa Melayu Singapura (MLCS) di Bishan.



Secara keseluruhan, 430 guru menyertai seminar tersebut, yang turut dihadiri Profesor Madya Dr Hadijah Rahmat, yang menyampaikan ucaptama berjudul 'Visi Arif Budiman: Menyulam Kecemerlangan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa dan Kebudayaan Melayu di Tengah Angkasaraya Kehidupan'.



Sasterawan mapan Singapura, Encik Suratman Markasan, turut hadir sebagai tetamu undangan khas.



Encik Suratman telah membimbing penulis cerpen buku itu dalam bengkel penulisan kreatif yang dijalankan pada 2017.



Salah seorang guru yang mengikuti bengkel itu ialah Encik Muhammad Farid Mohd, yang menulis cerpen berjudul Camuk dalam buku elektronik itu.



"Dalam bengkel itu, Cikgu Suratman telah mengajar teknik menulis cerpen dan, antara lain, beliau berkata cerpen perlu mengandungi falsafah, fakta dan imaginasi," kata guru bahasa Melayu di Sekolah Gan Eng Seng itu, yang minat menulis.



Karyanya mengisahkan tentang pelajar yang bakal menduduki peperiksaan, namun terjejas oleh sesuatu yang berlaku di rumah.



Encik Muhammad Farid, 37 tahun, telah meneroka topik keganasan keluarga dalam cerpennya itu, dan menyarankan kegiatan menulis mesej kepada guru, rakan-rakan dan ibu bapa untuk memberi tahu tentang perkara yang dihadapi.



"Saya rasa ini satu usaha yang baik kerana... ia disampingi lembaran kerja, aktiviti dan rancangan pengajaran, jadi guru boleh memuat turun dan gunakan dalam bilik darjah. Mereka boleh juga membuat penyesuaian berdasarkan profil pelajar," katanya.



E-buku Antologi Janji itu juga mengandungi 10 klip video yang menggalakkan pemikiran dan perbincangan lebih mendalam.



Sebanyak 100 kosa kata juga disertakan pautan kepada kamus dalam talian untuk mendorong pemahaman pelajar.



Dalam ucapan pembukaannya di seminar itu, Pengarah MLCS, Cik Norhayati Awang, berkata dengan teknologi yang sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan dan profil pelajar yang dianggap sebagai peribumi digital, pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu tidak harus dibataskan di dalam bilik darjah sahaja.



"Dengan pelaksanaan e-pedagogi dan pembelajaran di rumah kini menjadi sebahagian daripada landskap serta ruang lingkup pendidikan kita, ilmu seharusnya dapat diakses di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >