Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Buku kupas peranan masyarakat Melayu langkau 200 tahun

Penerbitan mengandungi 45 esei yang ditulis pakar, ahli akademik
Dec 15, 2020 | 05:30 AM



SEBUAH buku mengenai peranan masyarakat Melayu dalam pembangunan Singapura, termasuk sejarah negara ini yang melebihi 200 tahun telah dilancarkan semalam.



Buku bertajuk, Beyond Bicentennial: Perspectives on Malays (Melangkaui Dwiabad: Perspektif terhadap Orang Melayu) mengandungi sebanyak 45 karangan yang ditulis oleh beberapa pakar dan ahli akademik mengenai topik-topik yang merangkumi lebih 700 tahun sejak Sang Nila Utama menemui pulau Singapura.



Ia telah disunting oleh mantan Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar), Encik Zainul Abidin Rasheed, mantan Anggota Parlimen, Haji Wan Hussin Zoohri dan Zamil Kanan di Iseas-Institut Yusof Ishak, Dr Norshahril Saat.



Dalam satu kenyataan, penerbit buku itu, World Scientific Publishing berkata, meskipun tujuan buku itu adalah untuk mencatatkan pelbagai pandangan mengenai orang Melayu, ia juga menggalakkan pembaca untuk mengimbas kembali tetang sumbangan orang berbangsa Melayu terhadap pembangunan Singapura kerana ia bukan sebuah buku yang khusus buat masyarakat Melayu/Muslim sahaja.



Menyusuli itu, dalam ucapannya, Menteri Pendidikan, Encik Lawrence Wong - selaku tetamu terhormat semasa pelancaran buku tersebut di Taman Warisan Melayu semalam - berkata:



"Nilai-nilai yang penting bagi masyarakat Melayu turut telah membantu dalam membentuk kehidupan masyarakat berbilang bangsa di Singapura dengan ketara.



"Semangat bergotong-royong telah memperkuatkan sifat prihatin dan yakin antara masyarakat kita.



"Keluarga-keluarga (di Singapura) telah bergantung dengan semangat ini semasa mereka berdepan ketika masa-masa yang mencabar pada zaman penjajahan di mana kebajikan masyarakat setempat bukan sesuatu keutamaan oleh kerajaan kolonial pada masa itu dan semasa Jepun sedang berkuasa," katanya.



Beliau, yang merupakan pengerusi bersama pasukan bertindak berbilang kementerian dalam menangani pandemik Covid-19 juga berkata nilai-nilai tersebut kekal relevan semasa tempoh yang mencabar ini.



Menyusuli topik yang dibincangkan dalam buku berkenaan, editor bersama buku tersebut Encik Zainul berkata:



"Apa yang penting dalam buku ini bukan sahaja mengenai tahun bicentennial tetapi isu yang jauh daripadanya.



"Ia juga mengandungi artikel yang ditulis oleh mereka yang bukan berbangsa Melayu yang turut menyumbang pandangan terhadap isu-isu berkenaan dan kefahaman orang Melayu terhadap Singapura



"Dan itulah tujuan buku ini, iaitu untuk memahami negara kami, memahami masa dahulu dan sejarah kami.



"Ini adalah supaya kami bukan sahaja membuat persiapan untuk menangani cabaran kontemporari malah yang lebih penting adalah untuk mempersiapkan diri buat masa depan kami.



"Dengan kami memahami (isu-isu) masa lalu, masa sekarang dan masa depan kami, terdapat pelbagai cabaran berkaitan kehidupan berbilang bangsa, kesatuan antara masyarakat dan pembangunan dan kemajuan ekonomi yang dibincangkan dalam (buku) Beyond Bicentennial ini," tekan Encik Zainul.




"Nilai-nilai yang penting bagi masyarakat Melayu turut telah membantu dalam membentuk kehidupan masyarakat berbilang bangsa di Singapura dengan ketara. Semangat bergotong-royong telah memperkuatkan sifat prihatin dan yakin antara masyarakat kita."
- Menteri Pendidikan, Encik Lawrence Wong




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >