Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Buku kupas perkembangan serantau dan sejagat, dasar luar negara S’pura dilancar

Jul 20, 2023 | 09:13 PM



Satu buku yang mengupas isu perkembangan serantau dan sejagat yang berkaitan dengan dasar luar Singapura, dan daripada pandangan mantan diplomat tersohor negara ini, Encik Bilahari Kausikan, dilancar pada Khamis.

Bertajuk ‘Singapore is Still not an Island’, ia merupakan buku koleksi kedua artikel dan ucapan beliau mengenai isu berkenaan.

Koleksi pertama, juga koleksi artikel dan ucapan, mencakupi tempoh dari kemerdekaan Singapura pada 1965 hingga 2017, diterbitkan dengan tajuk ‘Singapore Is Not An Island’.

Buku terbaru Encik Bilahari kali ini mencakupi tempoh hingga 2023.

Dalam buku ‘Singapore is Still not an Island’, Encik Bilahari menunjukkan sebab dan bagaimana Singapura dan Asean harus mengemudi persekitaran strategik baru. Isu global dan serantau diteliti melalui lensa realistik kepentingan dasar luar Singapura.

Buku itu dilancarkan di bangunan NTU@one-north dengan mantan Timbalan Perdana Menteri, Encik Wong Kan Seng, sebagai tetamu terhormat.

Encik Bilahari adalah mantan setiausaha tetap dan duta besar Kementerian Ehwal Luar (MFA). Beliau kini merupakan Pengerusi Institut Timur Tengah (MEI) di Universiti Nasional Singapura (NUS).

Beliau telah meluangkan seluruh kerjayanya di MFA. Sepanjang 37 tahun di kementerian itu, beliau berkhidmat dalam pelbagai jawatan di dalam dan luar negara, termasuk sebagai Duta Besar ke Russia, Wakil Tetap Singapura ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York.

Dalam ucapannya, Encik Wong berkata sebagai negara kecil, Singapura tidak boleh mengasingkan dirinya daripada perkembangan serantau atau antarabangsa.

“Kita amat bergantung kepada dunia untuk mencari pendapatan dan mesti kekal relevan kepada mereka yang melihat negara ini sebagai berguna, namun kita mesti mempunyai kebebasan minda dan tindakan untuk melindungi kepentingan negara kita,” kata Encik Wong.

Dalam ucapannya pula, Encik Bilahari berkata asalnya beliau agak keberatan membuat buku itu, khususnya buku yang pertama.

Namun bagi koleksi kedua, beliau kurang keberatan kerana berasa perlu bagi rakyat Singapura lebih mengetahui mengenai kerumitan hubungan antarabangsa.

“Terdapat kesedaran yang semakin meningkat bahawa dunia di sekeliling kita tidak boleh diabaikan dan ekorannya terdapat minat lebih besar dalam perkembangan antarabangsa, sekurang-kurangnya dalam kalangan sebahagian rakyat Singapura.

“Tetapi minat yang meningkat ini tidak semestinya menghasilkan pemahaman lebih baik. Sesungguhnya, saya nampak agak terlalu kerap, semakin besar minat (seseorang), semakin agak mudah pandangannya,” katanya.

Harga senaskhah buku ‘Singapore is Still not an Island’ ialah $27, dan boleh didapatkan kedai-kedai buku utama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >