Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:30
Maghrib
7:10
Isyak
8:24

Bulan Kebapaan bantu bekas banduan pererat hubungan keluarga

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Bulan Kebapaan bantu bekas banduan pererat hubungan keluarga

Sep 12, 2022 | 05:30 AM

SELEPAS lapan bulan terpisah daripada enam anaknya kerana dipenjara, bekas banduan yang mahu dikenali sebagai 'Haki' berusaha untuk memulihkan hubungan mereka.

Justeru beliau gembira dapat menyertai anak-anaknya dalam program 'Memancing Bersama Ayah' (Fishing With Dad), yang dianjurkan sempena Bulan Kebapaan - satu daya usaha oleh Pusat Kebapaan (CFF) dan Bapa Sepanjang Hayat (BSH), yang bertujuan untuk menggalakkan kaum bapa lebih melibatkan diri dalam pengukuhan keluarga.

Tema Bulan Kebapaan tahun ini ialah 'Ke Arah Masyarakat dengan Penglibatan Bapa' (Towards A Community of Involved Fathers).

"Saya dan anak-anak seronok menghabiskan masa bersama. Ini adalah kali pertama kami memancing dan kami mungkin akan ulangi aktiviti ini lagi," dedah Encik Haki, 43 tahun, pekerja gudang di bawah skim Yellow Ribbon.

Semasa bersama memancing, Encik Haki mengakui beliau dan anak-anaknya dapat berkomunikasi dengan baik dan bekerjasama sambil berseronok.

"Ini adalah peluang yang baik untuk membina hubungan keluarga yang sihat dan mendapatkan kembali kepercayaan mereka," tambahnya lagi.

Bagi Encik Zulkarnain Idris, peserta Skim Pelepasan Kerja (WRS) berusia 52 tahun, beliau gembira dapat melibatkan diri dalam program 'Memancing Bersama Ayah'.

"Selain meluangkan masa bersama anak saya, sokongan dari peserta lain membantu proses pemulihan dan integrasi saya kembali ke masyarakat," katanya.

Bapa enam anak itu telah melibatkan diri dengan aktiviti kayak yang dianjurkan sebelum ini oleh CFF.

"Dalam persekitaran yang lebih positif, saya dapat menumpukan masa saya dengan aktiviti sukan luar dan mengeratkan hubungan saya bersama keluarga," dedah beliau, yang bekerja di bahagian pemasaran jualan dalam industri makanan.

Encik Eddy Asmara, 40 tahun, Pengurus Komand Pemulihan Masyarakat (COMC) di Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS), telah melihat perubahan positif dalam kalangan bekas banduan.

"Inisiatif sebegini membantu mengeratkan hubungan bersama anak-anak kerana mereka telah terlepas banyak peristiwa penting dalam kehidupan anak mereka semasa di penjara," kongsi Encik Eddy.

Beliau akur pentingnya sokongan untuk bekas banduan selepas dibebaskan.

Rangkaian sosial dan hubungan keluarga yang sihat dalam proses integrasi semula dalam masyarakat itu amat penting untuk memastikan mereka tidak mengulangi kesalahan yang pernah dibuat.

Encik Bramsha Osman, Pengerusi Jawatankuasa Penjara BSH, berkata:

"Kami berharap para bapa akan terus melibatkan diri dan mengasuh anak-anak mereka secara konsisten," katanya.

Menjelang akhir Bulan Kebapaan, daya usaha ini berharap dapat meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan dan kesan penglibatan bapa bersama anak-anak mereka.

Golongan bapa juga mempunyai platform untuk berkongsi pengalaman mereka dan belajar bagaimana untuk menyokong anak-anak mereka dengan lebih baik dan meyakinkan bahawa mereka tidak bersendirian.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3