Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bulan Kebapaan galak kaum bapa aktif dalam aktiviti fizikal, maya

Faishal: Kempen yang masuk tahun ke-5 ini diharap beri bapa peluang main peranan lebih aktif dalam pendidikan anak, ikuti perkembangan inisiatif, trend pendidikan terkini
Sep 04, 2022 | 05:30 AM



KAUM bapa boleh menyertai pelbagai kegiatan seperti pertandingan muzik, memancing ikan dan go kart bersama anak mereka bulan ini, yang bertujuan mengeratkan hubungan bapa dan anak.



Ini sempena edisi kelima Bulan Kebapaan tahun ini yang bermula semalam.



Daya usaha Pusat Kebapaan (CFF) dan Bapa Sepanjang Hayat (BSH), bertujuan menggalak kebapaan yang aktif dalam kalangan bapa Melayu/Islam menerusi pelbagai kegiatan fizikal dan di dalam talian sepanjang bulan ini.



Bertemakan 'Ke Arah Sebuah Masyarakat Bapa yang Terlibat' (Towards A Community of Involved Fathers) tahun ini, Bulan Kebapaan tahun ini juga menggalak kaum bapa bersatu menyokong satu sama lain sedang mereka berusaha menjadi bapa yang lebih terlibat untuk memperkukuh keluarga mereka.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CFF, DADs for Life dan MUMs for Life, Encik Bryan Tan, berkata mereka juga mahu mengambil peluang ini untuk merakamkan penghargaan buat bapa Melayu/Islam yang telah tampil memikul tanggungjawab dan mengatasi pelbagai cabaran bagi menampung keluarga mereka semasa pandemik, dengan mereka memainkan peranan lebih aktif dalam keluarga menerusi pelbagai peranan.



"Ini merupakan Bulan Kebapaan pertama sejak kita memasuki fasa endemik dengan langkah jarak sosial yang dilonggarkan.



"Ini merupakan peluang baik bagi keluarga meluangkan masa berseronok di luar rumah, jadi kami harap kegiatan yang telah kami rancang akan memberi keluarga, yang telah menghadapi banyak tekanan sepanjang dua tahun lalu, peluang untuk bersantai dan berseronok bersama," ujarnya.



Antara acara utama sempena Bulan Kebapaan tahun ini merupakan Forum Bapa mengenai Pendidikan yang akan dianjurkan buat julung-julung kalinya.



Forum tersebut akan memberi tumpuan pada pentingnya penglibatan bapa dalam pembelajaran anaknya dan bagaimana bapa boleh memainkan peranan secara berkesan.



Forum yang akan berlangsung di Institut Pembelajaran Sepanjang Hayat di Eunos pada 18 September itu akan dihadiri Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar) selaku tetamu terhormat.



Forum itu juga akan menampilkan Timbalan Mufti, Ustaz Dr Mohammad Hannan Hassan; pakar psikologi klinikal, Encik Md Haikal Jamil; pendidik, Encik Jailani Abu Talib; serta personaliti media sosial, Encik Sofian Roslan.



Turut diadakan di sisi forum itu merupakan sebuah pameran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (Stem), di mana bapa dan anak juga boleh menyertai kegiatan seperti membina dan berlumba kereta serta membangunkan permainan Roblox.



Menerusi Bulan Kebapaan, bengkel kebapaan serta kegiatan bapa dan anak, CFF dan BSH dapat mendekati lebih 300,000 bapa Melayu/Islam dan keluarga mereka setiap tahun.



Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, dalam satu mesej yang disampaikan melalui rakaman video sempena pelancaran Bulan Kebapaan semalam, berkata pelbagai kegiatan yang telah dirancang bagi kempen sepanjang bulan ini diharapkan dapat memberi golongan bapa peluang memainkan peranan lebih aktif antara lain dalam pendidikan anak mereka serta mengikuti perkembangan terkini inisiatif dan trend pendidikan.



Dr Faishal juga menerajui Pasukan Bertindak berkaitan Kebapaan Nakhoda yang bertujuan membangun strategi untuk menggalak penglibatan golongan bapa dalam keluarga.



Inisiatif di bawah M Kuasa Tiga (M³) itu dibentuk di bawah naungan BSH.



"Kami harap kami dapat membangunkan saranan dan mewujudkan lebih banyak wadah untuk meningkatkan usaha kita menggalak kebapaan yang aktif.



"Peluang sedemikian akan membolehkan keluarga diperkukuh, dengan bapa memainkan peranan lebih aktif," ujar Dr Faishal.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >