Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bunuh isteri: Suami dijel 10 tahun lepas tuduhan dikurang

Nov 2, 2015 | 3:22 PM
Pergaduhan di atas katil antara Hu Ziqing dengan isterinya, Cik Liu Bijiao, kerana beliau enggan mengikutnya balik ke China bertukar menjadi pergelutan hingga Hu mencekik isterinya sampai mati pada Ogos 2013. Gambar fail THE STRAITS TIMES
Pergaduhan di atas katil antara Hu Ziqing dengan isterinya, Cik Liu Bijiao, kerana beliau enggan mengikutnya balik ke China bertukar menjadi pergelutan hingga Hu mencekik isterinya sampai mati pada Ogos 2013. Gambar fail THE STRAITS TIMES -

BEBERAPA jam sebelum dia seharusnya pulang ke China, seorang penganggur membuat percubaan terakhir memujuk isterinya mengikutnya.

Isterinya, seorang pendandan, enggan dan berkata beliau lebih suka mati di Singapura.

Pergaduhan mereka menjadi pergelutan di atas katil hingga Hu Ziqing, 58 tahun, mencekik isterinya, Cik Liu Bijiao, 41 tahun.

Hu melepaskan cengkamannya hanya selepas polis mengetuk pintu flat mereka di Choa Chu Kang Avenue 2 dalam kejadian kira-kira 4 pagi pada 8 Ogos 2013 itu.

Pada Isnin (2 Nov), Hu, kini 61 tahun, dijatuhi hukuman penjara 10 tahun selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan membunuh tanpa niat.

Pada asalnya, Hu dikenakan tuduhan membunuh tetapi ia dikurangkan kerana dia mengalami penyakit psikiatri yang mengurangkan kebertanggungjawaban mentalnya bagi perbuatannya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg