Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Bunuh temanita: Lelaki dipenjara dan dirotan

Mar 14, 2016 | 12:25 PM
MENGAKU SALAH: Jackson Lim Hou Peng dipenjara 9 tahun 6 bulan dan disebat tiga kali kerana menyebabkan kematian temanitanya pada 2014. - Foto
MENGAKU SALAH: Jackson Lim Hou Peng dipenjara 9 tahun 6 bulan dan disebat tiga kali kerana menyebabkan kematian temanitanya pada 2014. - Foto - The New Paper

SEORANG lelaki warga Singapura berusia 41 tahun yang menyesakkan nafas teman wanitanya yang berusia 32 tahun hingga mati telah dijatuhi hukuman penjara 9 tahun 6 bulan dan disebat tiga kali.

Kejadian berlaku di flat sewa dua bilik di Blok 406 Ang Mo Kio Avenue 10 pada 2014, yang disewa lelaki itu.

Jackson Lim Hou Peng mengaku salah terhadap tuduhan menyebabkan kematian tanpa niat membunuh selain satu lagi tuduhan memakan dadah tiruan, methamphetamine atau juga dikenali sebagai Ice.

Mahkamah tinggi hari ini mendengar bahawa Lim membunuh Cik Tran Cam Ny, yang bekerja sebagai penyanyi, penari dan pelayan di sebuah kelab malam KTV, sebagai usahanya untuk mententeramkan mendiang yang menjadi histeria selepas menyedut Ice bersama di flat Lim.

Bimbang akan bunyi bising akan didengar jiran tetangga yang akan menghubungi polis, yang boleh menyebabkan kedua-duanya tertangkap kerana mengambil dadah, Lim menutupnya dengan sehelai selimut untuk menghentikannya daripada menjerit.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg