Subuh
5:33
Syuruk
6:56
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
6:59
Isyak
8:14
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MENANGANI KRISIS DAN KEMELESETAN

Panduan mohon anjur majlis kahwin di kawasan awam HDB

DPPMS lancar laman web khas bantu syarikat khidmat pengantin buat permohonan bagi acara
Oct 24, 2020 | 05:30 AM



SYARIKAT dalam industri perkahwinan boleh mendapatkan panduan dan latihan khusus daripada Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) mengenai cara memohon mengadakan majlis perkahwinan di kawasan awam HDB.



DPPMS berkata ia juga sedia memberi sokongan pentadbiran kepada syarikat-syarikat tersebut.



Mulai bulan depan, pemerintah membenarkan majlis perkahwinan diadakan di kolong blok flat HDB dan dewan serba guna yang diurus oleh majlis bandaran.



Majlis perkahwinan boleh, antara lain, melibatkan hingga 100 peserta - termasuk pasangan mempelai - yang dibahagikan kepada kumpulan hingga 50 orang setiap satu; mematuhi langkah keselamatan Covid-19; dan dikendalikan oleh penganjur majlis perkahwinan berlesen, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).



Pekerja syarikat pemberi khidmat tidak termasuk dalam kiraan peserta itu.



Awal minggu ini, MOH berkata mempelai daripada pelbagai etnik dan syarikat penganjur majlis perkahwinan boleh mendapatkan bantuan DPPMS mulai 9 November bagi membuat permohonan mengadakan acara di tempat yang dibenarkan itu.



Ddalam satu kenyataan semalam, DPPMS berkata bahawa ia akan mendukung peranan strategik dalam proses permohonan tersebut.



"DPPMS bermatlamat untuk melengkapkan perniagaan dengan pengetahuan dan keupayaan wajar untuk menganjurkan acara perkahwinan secara selamat dalam norma baru ini," katanya.



Semalam, DPPMS melancarkan sebuah laman web khas yang bertujuan membantu syarikat membuat permohonan mengadakan majlis perkahwinan.



Laman web itu memberikan panduan langkah demi langkah bagi syarikat membuat permohonan, misalnya menghubungi majlis bandaran untuk mendapatkan tarikh terbuka bagi menempah ruang dan membuat permohonan serta bayaran.



Pihak yang ingin mendapatkan keterangan lanjut pula boleh menghubungi DPPMS menerusi e-mel atau salah satu daripada dua nombor talian, atau merujuk kepada senarai soal yang sering ditanya (FAQ) yang disediakan.



Menurut DPPMS, ia bekerjasama rapat dengan anggotanya serta beberapa kementerian dan agensi awam bagi membolehkan majlis perkahwinan diadakan semula di beberapa tempat dalam tempoh Covid-19.



"Dewan ingin mengucapkan penghargaan kepada anggotanya dalam industri ini yang kekal berdaya tahan sepanjang tempoh yang amat mencabar dan memberikan maklum balas yang berperanan utama dalam membangun huraian dan langkah keselamatan," kata DPPMS, yang turut mengucapkan penghargaan bagi sokongan dan kerjasama yang diberi oleh pihak berkepentingan lain.




CARA MOHON ADAKAN MAJLIS PERKAHWINAN DI KAWASAN AWAM HDB 



LANGKAH 1



Hubungi Majlis Bandaran



- Tentukan ruang yang disediakan pada tarikh yang diingini



LANGKAH 2



Lungsur ke smcci.org.sg/wedding



- Kemuka permohonan kepada DPPMS dan buat bayaran



LANGKAH 3



Terima keputusan permohonan menerusi e-mel



- Pemohon berjaya akan menerima Surat Pengakuan rasmi menerusi e-mel



LANGKAH 4



Hubungi Majlis Bandaran



- Serahkan Surat Pengakuan daripada DPPMS kepada majlis bandaran semasa membuat tempahan ruang pada majlis bandaran



Keterangan lanjut:



Hubungi DPPMS di talian 6297-9292 atau 9665-1222; atau e-mel wedding@smcci.org.sg




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >