Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cari jalan mulakan semula proses damai

May 15, 2021 | 05:30 AM



KEDUA-DUA Israel dan Palestin perlu menghentikan pertempuran antara mereka, agar dapat mengelak daripada berulangnya perang Gaza pada 2014 di mana lebih 2,000 rakyat Palestin dan 73 warga Israel terkorban, kata Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial, Encik Tharman Shanmugaratnam, dalam catatan di Facebook kelmarin.



Apa yang perlu dilakukan katanya - meskipun sukar - adalah untuk Israel, rakyat Palestin dan dunia mencari jalan untuk memulakan semula proses damai.



Status quo terangnya, "akan hanya mengekalkan luka, dengan kecederaan dan penderitaan terus berulang. Tiada pemenang".



"Apa yang paling membahayakan juga adalah fasa baharu konflik keganasan ini, berlaku dalam Israel sendiri. Apa yang bermula dengan bantahan Palestin terhadap usaha pengusiran mereka dari kediaman mereka di Baitulmakdis Timur (Sheikh Jarrah), telah membawa kepada rusuhan dan keganasan antara bangsa Arab warga Israel dan Yahudi di kota-kota merentasi Israel, di mana mereka telah lama hidup bersama, tinggal dan membesar bersama-sama sebagai rakyat Israel. (Secara kebetulan, mereka juga punya susur galur yang sangat serupa, melangkaui ribuan tahun)," tulisnya.



Sehubungan itu katanya, ia tidak membawa sebarang kebahagiaan untuk rakyat Singapura membandingkan keamanan yang dinikmati di sini sedang konflik berlaku di tempat lain.



"Harap fikirkan nasib rakyat biasa dan kanak-kanak yang menderita akibat meningkatnya keganasan sejak minggu lalu di Israel dan Gaza.



"Konflik ini memperkukuh tindakan pendesak dari kedua-dua pihak. Ia tidak akan menawarkan sebarang huraian terhadap penderitaan rakyat Palestin yang terperangkap di Gaza, atau menawarkan keselamatan berpanjangan untuk Israel," ujarnya.



Jadi kata Encik Tharman, ia memerlukan usaha berterusan dari setiap warga Singapura dalam mengekalkan kehidupan yang aman dalam sebuah negara majmuk.



"Sekurang-kurangnya pun, elak meluahkan kata-kata atau provokasi berbaur perkauman atau mencemar agama, elak diskriminasi antara satu sama lain, dan mengenalpasti mereka yang berbuat demikian.



"Satu perkara kecil lama kelamaan akan menjadi biasa, dan orang akan mula menilai satu sama lain dengan curiga. Kita tidak harus mewujudkan keadaan sebegitu di Singapura.



"Tetapi lebih daripada itu, kita memelihara kesentosaan dengan mencari peluang untuk berkawan dengan orang dari pelbagai latar belakang sedang kita menjalani kehidupan sehari-hari. Dan dengan menunjukkan minat, dan bangga, yang kita menikmati kehidupan yang berbilang budaya," katanya sambil mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidilfitri' kepada masyarakat Muslim di Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >