Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CDC Central lancar program $400,000 ubah suai flat sewa

Jul 20, 2022 | 05:30 AM



SATU program bernilai $400,000 akan dilancarkan bagi mengubah suai flat sewa bagi membantu keluarga yang memerlukan.



Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) Central Singapura akan melancarkan program itu memandangkan daerah itu mempunyai bilangan flat sewa awam yang tertinggi dan kebanyakan daripadanya mempunyai ruang tempat tinggal terhad.



Sedang kanak-kanak belajar di rumah, ruang kehidupan yang kondusif menjadi lebih penting lagi, kata CDC Central dalam satu kenyataan mereka semalam.



CDC itu akan hubungkan penaja dan rakan kongsi masyarakat untuk mengumpul sumber untuk perbaiki keadaan kehidupan keluarga yang mudah terjejas di bawah program 'Better Homes@Central'.



Program itu direka untuk menyediakan ubah suai rumah buat sekali sahaja melalui proses perundingan antara pereka bentuk dan keluarga untuk mewujudkan bersama ruang kehidupan yang sesuai dengan gaya hidup dan keperluan mereka serta penyediaan perabot asas seperti meja belajar, katil dan almari.



Ia juga akan melibatkan kontraktor, khidmat pemindahan, dan pekerja pembersihan untuk menjadikan rumah mereka lebih selesa dan elok serta disediakan dengan kelengkapan asas seperti meja belajar, katil dan almari pakaian.



Program ini telah dimulakan pada Jun 2022 dengan dua unit perintis, dengan Cik Ang serta empat orang anaknya merupakan salah seorang keluarga penerima itu.



Mereka telah menetap di unit itu selama lebih 10 tahun dan mendapati rumah mereka telah menjadi tidak teratur.



Menurut Cik Ang, kerja-kerja baik pulih yang dilakukan di bawah program itu telah memberi nafas baru kepada rumah mereka.



"Dulu, unit kami sangat berselerak dan tidak mempunyai ruang untuk kanak-kanak berjalan, apatah lagi bermain dan mereka terpaksa belajar di atas katil mereka.



"Keadaan baru ini lebih selesa dan luas dan mempunyai sudut belajar untuk anak-anak saya membuat kerja sekolah bersama," ujar Cik Ang.



Cik Denise Phua, yang merupakan mayor CDC Central Singapura, berkata:



"Dengan Covid-19 yang telah mengubah cara hidup kita, ia kini lebih penting berbandingkan sebelum ini untuk memastikan anak-anak dan belia kita mempunyai persekitaran yang kondusif di rumah untuk kehidupan dan pembelajaran mereka.



"Inisiatif ini adalah salah satu daripada banyak cara pihak CDC boleh membantu memastikan mereka mendapat permulaan yang lebih baik dalam kehidupan dan saya mengucapkan terima kasih kepada semua penaja dan rakan kongsi yang berjiwa besar atas sokongan dan kepercayaan mereka terhadap misi kami untuk membina sebuah daerah yang baik," ujar beliau.



Penasihat Pertubuhan Akar Umbi (GRO) Kebun Baru, Encik Henry Kwek, pula berkata:



"Program Better Homes @ Central memperbaiki kehidupan penduduk kerana banyak keluarga di flat sewa awam menghadapi keterbatasan ruang.



"Melebihi unit yang diubah suai, perancangan ruang aktif dan panduan organisasi adalah sesuatu yang penting untuk membolehkan keluarga-keluarga ini mengatasi batasan fizikal."



Ketua Pegawai Eksekutif Nunchi Marine, Encik Henry Song, berkata pihaknya gembira dapat membantu penduduk yang tidak berkemampuan.



"... secara kolektif, kita boleh mewujudkan rumah-rumah yang lebih baik untuk warga melalui program ini," ujar beliau, yang syarikatnya adalah antara penaja program ini.



CDC Central Singapura turut mengalu-alukan semua rakan-rakan kongsi untuk menyertai program tersebut.



Penaja yang berminat boleh "mengambil rumah angkat" atau memberi kepada keluarga-keluarga yang memerlukan melalui sumbangan wang tunai dan/atau derma dalam bentuk barangan seperti perabot dan peralatan rumah.



Program ini merupakan salah satu program di bawah naungan CDC Central Singapura dan adalah salah satu daripada lima bidang tumpuan utama di mana mereka membantu penduduk untuk menjalani kehidupan yang lebih baik.




"Dengan Covid-19 yang telah mengubah cara hidup kita, ia kini lebih penting berbandingkan sebelum ini untuk memastikan anak-anak dan belia kita mempunyai persekitaran yang kondusif di rumah untuk kehidupan dan pembelajaran mereka."
- Cik Denise Phua, mayor CDC Central Singapura.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >