Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

CDC North East bantu penduduk harungi inflasi

Jun 30, 2022 | 05:30 AM



DI tengah kebimbangan mengenai inflasi dan kos sara hidup yang semakin meningkat, Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) North East giat menjalankan tiga Skim Bantuan Kewangan bagi membantu keluarga yang terjejas.



Warga Singapura dan penduduk tetap (PR) yang tinggal di daerah timur laut dengan pendapatan per kapita kurang daripada $800 sebulan dan mempunyai sekurang-kurangnya seorang warga Singapura di dalam isi rumah mereka boleh memanfaatkan tiga skim di bawah CDC North East.



Ini termasuk skim WeCare @ North East, Dana Pertumbuhan North East dan Skim Subsidi Pengangkutan Sekolah.



Kadar inflasi teras di Singapura bagi bulan Mei meningkat ke paras tertinggi dalam tempoh 13 tahun disebabkan kos makanan, elektrik dan gas yang semakin mahal.



Mayor CDC North East, Encik Desmond Choo berkata skim-skim bantuan itu akan dapat membantu keluarga yang memerlukan.



"Matlamat utama NE CDC (CDC North East) adalah untuk menyokong penduduk dengan bantuan kewangan dan pekerjaan tepat pada masanya bagi penduduk kami.



"Perkembangan ekonomi luar baru-baru ini telah memberi tekanan yang lebih tinggi kepada kos sara hidup, menaikkan harga barang keperluan.



"Skim sokongan sedemikian akan membantu keluarga yang mungkin melalui tempoh sukar," kata Encik Choo yang juga Anggota Parlimen (AP) bagi GRC Tampines.



Di bawah skim WeCare @ North East, ia bertujuan untuk membantu keluarga yang memerlukan sokongan kewangan sementara, tetapi tidak memenuhi kriteria pendapatan isi rumah kasar negara.



Mereka yang layak bakal menerima bantuan kewangan hanya sekali ataupun sehingga tiga bulan.



Skim itu telah memanfaatkan 2,255 isi rumah yang unik sejak permulaan Covid19 hingga Mei 2022.



Dana Pertumbuhan North East pula akan menyokong keluarga berpendapatan rendah dengan pembelian susu tepung dan lampin untuk kanak-kanak berumur enam tahun ke bawah.



Jumlah bantuan yang ditawarkan berbeza, daripada bantuan sehingga $600 untuk pembelian lampin bagi mereka yang berumur lima bulan ke bawah, kepada bantuan $300 dalam pembelian susu untuk mereka yang berumur antara empat dengan enam tahun.



Pelajar sekolah rendah dan menengah daripada keluarga berpendapatan rendah pula boleh menerima subsidi untuk pengangkutan pergi dan balik sekolah di bawah Skim Subsidi Pengangkutan Sekolah.



Skim subsidi itu dikeluarkan tahun lalu setelah CDC North East menjalankan tinjauan bersama 74 sekolah di daerah itu.



Ia mendapati guru dan ibu bapa telah meminta sokongan bagi menampung kos pengangkutan pelajar yang memerlukan.



Ini adalah tambahan kepada sokongan subsidi pengangkutan daripada Kementerian Pendidikan (MOE).



Penduduk dearah timur laut yang memerlukan sokongan ini boleh memohon dalam talian di https://go.gov.sg/supportatne atau pergi ke kelab masyarakat (CC) terdekat.




"Matlamat utama NE CDC (CDC Timur Laut) adalah untuk menyokong penduduk dengan bantuan kewangan dan pekerjaan tepat pada masanya bagi penduduk kami.

Perkembangan ekonomi luar baru-baru ini telah memberi tekanan yang lebih tinggi kepada kos sara hidup, menaikkan harga barang keperluan.

Skim sokongan sedemikian akan membantu keluarga yang mungkin melalui tempoh sukar."

- Encik Desmond Choo, Mayor CDC North East yang juga Anggota Parlimen (AP) bagi GRC Tampines.




SKIM BANTUAN CDC NORTH EAST



1) WeCare @ North East



Bantuan kewangan hanya sekali ataupun sehingga tiga bulan bagi penduduk yang perlukan sokongan kewangan sementara



2) Dana Pertumbuhan North East



Bantuan kewangan untuk membeli lampin dan susu tepung bagi keluarga yang punya anak berusia enam tahun ke bawah



3) Skim Subsidi Pengangkutan Sekolah



Subsidi pengangkutan untuk pergi dan pulang dari sekolah bagi pelajar sekolah rendah dan menengah




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >