Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ceburi kerja sosial selepas jadi tempat mengadu anggota platun NS

Sempena meraikan ulang tahun Majlis Khidmat Sosial Kebangsaan (NCSS) yang ke-30, sebanyak 30 kisah mengenai insan-insan dalam sektor perkhidmatan sosial dipaparkan dalam siri 'Kisah dari Hati' atau 'Stories from the Heart'. Ini dilakukan atas kerjasama dengan agensi perkhidmatan sosial, rakan korporat, relawan dan kakitangan NCSS, untuk membawa lebih kesedaran mengenai sektor perkhidmatan sosial. Ia juga menunjukkan peranan NCSS yang berubah dari masa ke semasa dan perbezaan yang dibuat dalam kehidupan masyarakat yang memerlukan. BERITA HARIAN (BH) menyorot pengalaman mereka.
Sep 21, 2022 | 05:30 AM



SETELAH tamat pengajiannya di Politeknik Singapura, Encik Nur Fadhli Prayitno awalnya berhasrat memulakan kerjaya dalam bidang kejuruteraan selepas menamatkan Perkhidmatan Negara (NS).



Namun, setelah menjalani NS, beliau mula berminat berkecimpung dalam bidang yang lain.



Tergerak untuk menuntut ilmu dalam bidang kaunseling serta sokongan bimbingan bagi anak muda, beliau telah melanjutkan pengajiannya di Universiti Nasional Singapura (NUS) dalam jurusan Kerja Sosial pada 2007.



Selepas 14 tahun kemudian, beliau yang berusia 37 tahun, kini merupakan Penolong Pengarah di Perkhidmatan Remaja dan Kanak-kanak SHINE.



Dalam satu panggilan video melalui Zoom bersama Berita Harian, Encik Fadhli menjelaskan perubahan rancangan dalam kerjayanya adalah kerana pengalamannya di NS.



"Ketika itu saya sedang mengendali seramai 20 anak muda sebagai komander platun.



"Mereka semua datang daripada pelbagai lapisan masyarakat.



"Sebagai komander platun, ramai antara mereka akan mengongsi bersama saya tentang masalah peribadi yang mereka hadapi - daripada masalah keluarga hingga ke memerlukan bantuan sokongan, semua mereka ceritakan.



"Tetapi ketika itu saya rasa saya kurang upaya untuk membantu mereka dari segi memberitahu mereka tentang sumber di mana mereka boleh menerima bantuan atau kaunseling," katanya yang mempunyai semangat baru untuk menceburi bidang kerja sosial.



Namun begitu, Encik Fadhli berkata peralihan itu bukan sesuatu yang mudah.



Sudah biasa dengan memberi tumpuan kepada subjek seperti matematik dan pengekodan, anak kedua daripada tiga beradik itu berkata beliau harus banyak menyesuaikan diri sepanjang pengajiannya di NUS.



"Ada banyak yang saya harus perbaiki.



"Dari segi komunikasi serta menyesuaikan diri untuk memenuhi keperluan laporan yang saya harus hasilkan.



"Saya harus pastikan bahawa ia terperinci dan tepat dengan apa yang saya ingin sampaikan," katanya yang bermula sebagai pekerja sosial di SHINE pada 2010.



Sehingga kini beliau telah bekerjasama rapat dengan sekolah dan masyarakat, berkhidmat kepada kira-kira 8,000 kanak-kanak dan belia.



Kanak-kanak ini antara usia lima hingga 21 tahun.



Katanya harapan SHINE adalah untuk memastikan kanak-kanak dan keluarga ini dapat sokongan, bimbingan dan juga peluang untuk membangunkan diri mereka secara menyeluruh supaya dalam masa akan datang, mereka dapat mempunyai kehidupan yang lebih baik.



Meskipun mereka mempunyai harapan yang besar ini, Encik Fadhli bersama 12 kakitangannya kadangkala menghadapi cabaran mengendali kanak-kanak ini.



"Sebagai organisasi, kami mempunyai strategi-strategi yang tertentu untuk mengendali kumpulan usia kanak-kanak yang berlainan.



"Aktiviti yang kita tawarkan bagi mereka adalah untuk membantu membina daya tahan mereka.



"Apa yang kami lakukan adalah menunjukkan kepada mereka jalan yang terbaik dan membantu mereka.



"Namun sekiranya mereka memilih jalan yang kurang baik, kami di sana untuk membimbing mereka sepanjang jalan," ujarnya.



Bapa kepada tiga anak itu berkata beliau mempunyai kepuasan yang besar apabila melihat kanak-kanak ini membesar dan melakukan yang terbaik.



Tetapi, Encik Fadhli berkata ia tidak mungkin dapat menjadi kenyataan sekiranya seorang anak itu tidak ingin berubah.



"Kami hanya berada di samping mereka untuk membimbing mereka.



"Ini semua adalah titik peluh mereka dan bukan sesuatu yang mereka dapat capai serta-merta," jelasnya.




"Mereka semua datang daripada pelbagai lapisan masyarakat. Sebagai komander platun, ramai antara mereka akan mengongsi bersama saya tentang masalah peribadi yang mereka hadapi - daripada masalah keluarga hingga ke memerlukan bantuan sokongan, semua mereka ceritakan. Tetapi ketika itu saya rasa saya kurang upaya untuk membantu mereka dari segi memberitahu mereka tentang sumber di mana mereka boleh menerima bantuan atau kaunseling."
- Encik Nur Fadhli Prayitno, Penolong Pengarah Perkhidmatan Remaja dan Kanak-kanak SHINE mengenai pengalaman sebagai komander platun semasa Pekhidmatan Negara (NS).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >