Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

CEO PropNex derma $1j bagi bantuan kewangan pelajar dengan kerjasama Mendaki

Sumbangan Ismail Gafoor bakal manfaatkan 700 pelajar sekolah rendah, ITE, poly dan uni melalui dermasiswa, biasiswa dan skim bantuan baru
Dec 29, 2021 | 5:30 AM
TANDATANGAN PERJANJIAN: CEO PropNex, Encik Ismail Gafoor (tiga dari kiri), dan CEO Yayasan Mendaki, Cik Zuraidah Abdullah (tiga dari kanan) menandatangani perjanjian Biasiswa Mendaki-Gafoor PropNex, Dermasiswa ETF-Gafoor PropNex dan Dana Bimbingan Matematik di Hotel One Farrer semalam. Menyaksikan majlis itu ialah (dari kiri) Encik Abdul Gafoore; Pengerusi ETF, Encik Abdul Razak Maricar; Encik Zaqy Mohamad; dan Timbalan Pengarah Kerjasama, Yayasan Mendaki, Encik Noor Azlan Salim. - Foto BH oleh KHALID BABA
TANDATANGAN PERJANJIAN: CEO PropNex, Encik Ismail Gafoor (tiga dari kiri), dan CEO Yayasan Mendaki, Cik Zuraidah Abdullah (tiga dari kanan) menandatangani perjanjian Biasiswa Mendaki-Gafoor PropNex, Dermasiswa ETF-Gafoor PropNex dan Dana Bimbingan Matematik di Hotel One Farrer semalam. Menyaksikan majlis itu ialah (dari kiri) Encik Abdul Gafoore; Pengerusi ETF, Encik Abdul Razak Maricar; Encik Zaqy Mohamad; dan Timbalan Pengarah Kerjasama, Yayasan Mendaki, Encik Noor Azlan Salim. - Foto BH oleh KHALID BABA -

LEBIH 700 pelajar sekolah rendah, Institut Pendidikan Teknikal (ITE), politeknik dan universiti akan layak memohon pelbagai biasiswa, dermasiswa dan skim bantuan dengan termeterainya kerjasama baru antara Yayasan Mendaki dengan Ketua Pegawai Eksekutif PropNex, Encik Ismail Gafoor.

Encik Ismail semalam mendermakan $1 juta sebahagian sokongannya terhadap Dana Amanah Pendidikan (ETF) bagi menyediakan sokongan memberi bantuan holistik dan disasarkan kepada pelajar Melayu/ Islam yang mahu meneruskan pendidikan mereka.

Semalam, beliau turut menandatangani perjanjian bagi Biasiswa Mendaki-Gafoor PropNex, Dermasiswa ETF-Gafoor PropNex dan Dana Bimbingan Matematik.

Acara penandatanganan perjanjian itu diadakan di Hotel One Farrer dengan disaksikan Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, yang juga Timbalan Pengerusi Yayasan Mendaki.

Dalam ucapan beliau, Encik Ismail mengiktiraf bapanya, Encik Abdul Gafoore, 97 tahun, yang telah memberi asas kukuh bagi kejayaan beliau hari ini.

Katanya:

"Hari ini mengapa saya gembira (sumbangan) ini dapat menjadi satu kenyataan ialah kerana bapa saya.

"Beliau selalu mengingatkan kami bahawa tidak kira berapa banyak gaji yang kita dapat, sehebat mana kejayaan kita, kita tidak patut melupakan orang-orang yang memerlukan."

Turut menyampaikan ucapan semasa acara tersebut semalam, Encik Zaqy berkata adalah sangat memberangsangkan lebih ramai anak Melayu melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti.

"Bagi meluaskan sokongan bagi pelajar-pelajar ini, Mendaki bekerjasama dengan rakan kongsi korporat dan individu yang mempunyai pemikiran serupa seperti Encik Ismail Gafoor untuk menyediakan peluang kepada masyarakat meneruskan dalam usaha mereka mengejar ilmu serta memenuhi keperluan tenaga kerja mahir masa depan yang semakin meningkat dalam industri yang semakin berkembang," ujar beliau.

Sumbangan $1 juta yang diberikan Encik Ismail dijangka memanfaatkan lebih 700 pelajar dari tahun depan sehingga 2025.

Sejak dilancarkan, ETF telah menyokong lebih 100,000 pelajar Muslim daripada keluarga berpendapatan rendah, dengan pendapatan per kapita tidak melebihi $650 setiap bulan.

ETF mengagihkan sekitar $2 juta dalam bantuan kewangan kepada sekitar 10,000 pelajar Muslim setiap tahun.

Butiran pemohonan bagi biasiswa dan dermasiswa ETF-Gafoor PropNex akan diumumkan tahun depan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg