Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Ceriakan pelajar susah tanpa kira bangsa, agama

Gereja, masjid, kuil dan badan suku Cina bersatu agih pek belajar sempena Krismas
Dec 19, 2020 | 05:30 AM



TIDAK kira bangsa dan agama, sebuah gereja, masjid dan kuil serta empat persatuan suku Cina menggembleng tenaga untuk membawa keceriaan kepada pelajar keluarga susah sempena Krismas.



Gereja Heart of God menyatukan Masjid Khalid, Kuil Geylang United dan persatuan suku Cina Chan Khoo Kong Huay Singapura, Huang Shi Zong Hui (Singapura), Persatuan Putian serta Persatuan Nanyang Leow-Sih bagi memberi 100 pek belajar kepada benefisiari.



Pek mengandungi barang keperluan belajar, makanan dan produk kesihatan itu diberi kepada pelajar sekolah rendah dan menengah India-Muslim, Cina dan Melayu.



Inisiatif tersebut, yang diusahakan kumpulan belia Gereja Heart of God, bertujuan membawa keceriaan Krismas kepada masyarakat dengan cara unik dan bermakna melalui pemberian pek belajar.



Mayor Daerah South East, Encik Fahmi Aliman, yang juga Anggota Parlimen GRC Marine Parade, menyertai usaha mengatur pek belajar itu di gereja itu di Eunos Rabu lalu.



"Membuat kebaikan tidak terhad kepada agama atau bangsa, dan saya gembira melihat Masjid Khalid, Gereja Heart of God, persatuan suku dan kuil berganding bahu membantu kanak-kanak daripada keluarga susah.



"Setiap tahun pada Januari, kami dapat merasakan keghairahan kanak-kanak kembali ke sekolah atau memulakan sekolah buat pertama kali... Beg cenderahati ini bukan mengandungi alat tulis saja, ia adalah berkat daripada masyarakat dan menunjukkan bahawa keluarga ini akan bersama disokong masyarakat," kata Encik Fahmi.



Belia daripada pelbagai pertubuhan itu mengagihkan pek belajar tersebut kepada benefisiari di Masjid Khalid kelmarin.



Pengerusi Masjid Khalid, Haji Allaudin Mohamed, berkata: "Anda hanya boleh lihat ini di Singapura - menikmati setiap perayaan bangsa dan agama bersama-sama. Ini adalah Singapura yang unik. Anda tidak boleh carinya di negara lain, betapa kita saling merai dan mendakap satu sama lain namun kekal menjaga identiti masing-masing."



Sependapat, paderi Gereja Heart of God, Encik Garrett Lee, meluahkan perasaan gembira melihat kerjasama tidak mengenal bangsa dan agama itu.



"Bahkan, projek ini diusahakan orang muda, melihat mereka prihatin mengenai belia lain dan bekerjasama dengan masyarakat sangat menyentuh hati," ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >