Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SOROTAN ISU

Chingay 2022 papar perjalanan 50 tahun

Feb 05, 2022 | 05:30 AM



PERARAKAN Chingay bakal diadakan di Jewel Lapangan Terbang Changi pada 12 Februari tahun ini.



Antara tarikan yang bakal dipaparkan dalam persembahan itu termasuk segmen yang memaparkan pelbagai budaya perkahwinan masyarakat berbeza di Singapura.



Sementara itu, 17 kereta berhias mini bakal dipamerkan buat julung kalinya dalam acara tersebut.



Kesemua kereta yang dihiaskan dengan lukisan tiga dimensi dan juga belon itu merupakan hasil kerja tangan 1,400 warga seluruh Singapura.



Selain itu, artis Singapura juga seperti pemain piano Jeremy Monteiro dan Joshua Low, 14 tahun - yang mahir bermain saksofon - juga bakal membuat persembahan dalam acara satu setengah jam itu.



Sebelum ini, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, mengumumkan bahawa siaran langsung acara tersebut bakal disiarkan secara maya pada 12 Februari, 8 malam.



Dalam kiriman Facebooknya, Encik Lee berkata: "Sambutan tahun ini merupakan pengalaman yang boleh dikongsikan dan dinikmati bersama.



"Kesan khas (special effects) dan sinaran cahaya interaktif akan membuat pertunjukan ini sesuatu yang tidak dapat dilupakan orang ramai."



Pandemik Covid-19 juga menyebabkan perarakan tersebut ditayangkan secara digital tahun lalu.



Pengerusi jawatankuasa Chingay50, Encik Kia Siang Wei, yang juga pengarah kumpulan Persatuan Rakyat (PA), berkata pertunjukan itu akan mempamerkan perjalanan Chingay selama 50 tahun sejak ia dimulakan pada 1973.



"Kami harap warga Singapura akan merasakan semangat Chingay ini dan terdorong untuk mengejar minat mereka, memaksimakan potensi dan mencapai aspirasi mereka," katanya.



Siaran langsung tersebut boleh ditonton di laman Chingay.



Maklumat lanjut boleh diperolehi di laman Facebook Chingay tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >