Subuh
5:56
Syuruk
7:17
Zuhur
1:19
Asar
4:41
Maghrib
7:20
Isyak
8:32

Chingay kembali dengan gah, lebih 10,000 peserta Feb depan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Chingay kembali dengan gah, lebih 10,000 peserta Feb depan

Nov 25, 2022 | 05:30 AM

PERARAKAN Chingay terbesar Singapura akan diadakan pada 3 dan 4 Februari depan, selepas dua tahun ia dipersembah dalam format digital disebabkan Covid-19.

Penonton akan disajikan dengan pelbagai pengalaman seni, budaya, dan warisan dalam bentuk muzik bagi menandakan permulaan baru.

Perarakan tersebut dijangka melibatkan lebih 10,000 penduduk, artis, dan kumpulan seni, termasuk lebih 3,000 penghibur.

Ketua Pengarah Eksekutif Persatuan Rakyat (PA), Encik Lim Hock Yu, berkata selepas dua tahun, pihaknya teruja untuk membawa kembali Perarakan Chingay secara fizikal di Bangunan Pit F1.

"Chingay 2023 akan memulakan lembaran baru melibatkan penyertaan masyarakat lebih luas, termasuk generasi muda, untuk membayangkan semula dan menceritakan budaya Singapura kita - tentang kepelbagaian budaya kita, belia kita dan seni masyarakat kita dalam format lebih inovatif, bergaya dan menarik," kata beliau.

Dengan tema 'Mendakap Hari Esok', perarakan Chingay 2023 melengkapi trilogi yang bermula dengan tema 'Cahaya Harapan' pada 2021 dan 'Semarakkan Impian Kita' tahun lalu.

Selaras dengan temanya, acara tahun ini diharap menarik penonton dengan pengalaman visual yang dapat menimbulkan imaginasi dan kreativiti, selain memperkasa rak-yat Singapura bagi mengatasi kesukaran bersama.

Untuk menonjolkan semangat kebersamaan, lapan artis tempatan dan 480 belia akan bersama mencipta seni pemasangan yang akan menjadi latar belakang persembahan perarakan itu.

Seni pemasangan berskala besar itu mewakili aspirasi masyarakat untuk menggunakan seni bagi mengekalkan warisan secara kreatif dan menyeronokkan.

Tiket Perarakan Chingay 2023 dijual mulai 25 November di Sistic.

Mereka yang ingin menikmati Perarakan Chingay berlatarkan seni pemasangan itu boleh memilih tiket kategori Sektor A berharga antara $28.50 dan $60.

Satu kategori tiket baru telah diperkenal untuk membuat pengalaman Chingay lebih mudah diakses.

Tempat duduk di Sektor B, C dan D, yang dijual pada harga $20 setiap satu, memberi penonton pengalaman dekat dan interaksi dengan penghibur.

Ahli Kad PAssion dapat menikmati diskaun 20 peratus bagi tiket dalam semua kategori.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3