Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Chun Sing: Gaji menteri bakal disemak tahun ini

Jan 12, 2023 | 05:30 AM



SEMAKAN gaji menteri dan pemegang jawatan politik lain dijangka dilakukan pada tahun ini, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Perkhidmatan Awam, Encik Chan Chun Sing, kelmarin.



Butiran lanjut mengenai semakan itu akan diberikan dalam masa terdekat, kata beliau dalam jawapan bertulis kepada soalan Parlimen oleh Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP), Cik Hazel Poa.



Cik Poa telah bertanya sama ada sebuah jawatankuasa telah dilantik untuk menjalankan semakan gaji politik setiap lima tahun itu, sambil berkata jawatankuasa terakhir dilantik pada 2017.



Anggota Parti Kemajuan Singapura (PSP) itu juga telah bertanya tentang terma rujukan yang diberikan kepada jawatankuasa itu, dan bila laporan daripada jawatankuasa itu boleh dijangkakan.



Encik Chan berkata bahawa pada 2012, Kertas Putih mengenai Gaji bagi Pemerintah yang Berkebolehan dan Komited telah menyarankan sebuah jawatankuasa bebas dilantik setiap lima tahun untuk menyemak rangka kerja gaji bagi pemegang pelantikan politik.



Pada tahun itu, gaji presiden dipotong sebanyak 51 peratus, manakala gaji perdana menteri dipotong sebanyak 36 peratus, menyusuli saranan jawatankuasa itu, yang dipengerusikan oleh pengerusi Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) ketika itu, Encik Gerard Ee.



Gaji pemegang jawatan politik lain, termasuk menteri dan Speaker Parlimen, juga dipotong pada 2012.



Pada 2018, jawatankuasa itu membuat kesimpulan bahawa rangka kerja gaji kekal "relevan dan kukuh", kata Encik Chan, yang juga Menteri Pendidikan.



Jawatankuasa itu kemudiannya menyarankan, antara lain, supaya gaji politik disesuaikan setiap tahun selaras dengan pergerakan penanda aras tahunan, agar seiring dengan perkembangan pasaran.



Bagaimanapun, pemerintah memutuskan untuk tidak membuat sebarang perubahan kepada gaji politik kerana ekonomi masih dalam peralihan, kata Encik Chan.



Pada tahun itu, Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Encik Teo Chee Hean, berkata bahawa isu itu akan disemak semula selepas lima tahun, atau apabila perlu.



BERITA




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >