Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Chun Sing: S'pura perlu aturan kerja baru

Covid-19 telah ubah corak pekerjaan, teknologi bolehkan warga kerja di mana-mana
Dec 17, 2020 | 05:30 AM



ATURAN pekerjaan baru diperlukan bagi Singapura membuat penyesuaian pada keadaan bekerja yang berubah dan bagi negara ini bersaing dan pada masa yang sama, bekerjasama dengan orang di seluruh dunia dalam cara yang paling berkesan, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Chan Chun Sing.



Dengan Covid-19 yang merubah corak pekerjaan di samping kemajuan teknologi yang membolehkan orang ramai bekerja di mana-mana saja, Encik Chan berkata syarikat di sini harus terus memikirkan dan mencuba idea baru supaya dapat merebut peluang baru.



"Adakah orang ramai akan kembali kepada model pekerjaan sebelumnya di mana waktu dan lokasi kerja mereka ditetapkan atau adakah orang ramai akan mengikut model waktu dan lokasi kerja yang baru dan fleksibel? Saya rasa antara kedua-duanya, mereka lebih cenderung ke arah aturan pekerjaan lebih fleksibel dan tempat kerja lebih fleksibel.



"Oleh itu, terdapat pasaran baru yang diwujudkan oleh permintaan baru ini daripada kedua-dua perspektif individu dan juga syarikat.



"Saya rasa kita mesti terus berinovasi, mencuba dan menguji idea baru untuk melihat sama ada ia dapat memenuhi permintaan pasaran. Dan itu caranya bagaimana Singapura boleh mencipta nama untuk diri sendiri dan membezakan diri kita dalam situasi yang pesat berkembang ini," kata beliau.



Encik Chan berkata demikian ketika ditemui media dalam acara pelancaran platform masa depan kerja digital JustCo, sebuah syarikat yang menyediakan ruang kerja bersama, di pusat beli-belah The Centrepoint di Orchard Road semalam.



Beliau berkata kemunculan kaedah bekerja dari rumah akan mengubah sifat kerja yang konvensional, dan perubahan ini terutamanya penting bagi Singapura kerana negara ini mempunyai antara jumlah pekerja dalam peranan karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET) yang tertinggi di dunia.



Tambahnya, kitaran perniagaan dan teknologi yang pantas juga telah mengubah cara syarikat memandang ruang pejabat, dengan banyak syarikat semakin kurang bersedia memberi komitmen kepada tempoh sewa yang lama untuk ruang pejabat.



Turut terganggu adalah cara operasi dalam sektor runcit dan penggunaan ruang runcit.



Lazimnya, pusat beli-belah tradisional mempunyai banyak kedai dengan satu atau dua penyewa utama, namun e-dagang telah mengganggu operasi runcit tradisional dan banyak syarikat kini menggabungkan operasi runcit di dalam dan luar talian.



Ini bermakna pusat beli-belah akan perlu memikirkan semula cara untuk memanfaatkan sepenuhnya ruang yang ada untuk memaksimumkan nilai kepada pemegang saham mereka, kata Encik Chan.



Beliau mengongsi contoh bagaimana syarikat JustCo bekerjasama dengan pusat beli-belah The Centrepoint untuk menyediakan ruang kerja berkongsi yang membolehkan individu dan syarikat menentukan di manakah dan cara mereka mahu bekerja secara fleksibel.



Syarikat itu juga memanfaatkan teknologi, seperti alat kecerdasan buatan (AI) yang dapat menganalisa bagaimana ruang digunakan dan aplikasi bagi individu menggunakan kios ruang kerja, supaya ruang yang disediakan dapat digunakan secara lebih berkesan.



Encik Chan berkata peluang sedemikian akan membuka ruang bagi syarikat mempertimbangkan lebih banyak aturan pekerjaan fleksibel dan membolehkan ruang yang sedia ada dalam negara ini digunakan dalam cara yang lebih baik.



"Lebih penting, saya rasa semua aturan baru ini akan membolehkan rakyat Singapura mempunyai mutu kehidupan lebih fleksibel, dan ia menggabungkan pelbagai kegiatan yang mereka mahu lakukan dalam ruang dan masa yang sama," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >