Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dari Parlimen

COI: Kematian Aloysius Pang disebabkan kecuaian semua tiga askar dalam kabin meriam

May 06, 2019 | 05:25 PM



 





HANYA tiga askar, termasuk mendiang Aloysius Pang, berada dalam kabin meriam yang sedang diperbetulkan pada 19 Januari tahun ini.



Kesemuanya melakukan kesalahan yang menyebabkan kematian Pang, kata Jawatankuasa Siasatan (COI) bebas berdasarkan siasatannya.



Antara kesilapan kumpulan itu, yang termasuk seorang komander meriam dan seorang teknisyen, ialah kegagalan mematuhi peraturan ketat yang memerlukan semua orang berada dalam kawasan selamat semasa muncung meriam bergerak.



Teknisyen itu, seorang anggota tetap, juga tidak memastikan muncung meriam dikunci sebelum memulakan kerja penyenggaraan menggantikan kad hubungan yang ditemui di kabin.



Mendedahkan hasil siasatan COI di Parlimen pada Isnin (6 Mei), Menteri Pertahanan Ng Eng Hen berkata:



“Ia mendukacitakan, tetapi tidak dapat dinafikan bahawa sebab langsung yang dikenal pasti oleh COI, yang menyebabkan kematian Koperal Kelas Pertama (NS) Pang boleh dielak jika peraturan keselamatan dipatuhi.



“Ia bukan kerana kakitangan yang tidak tahu peraturan atau kurang berpengalaman bertugas di meriam Howitzer Pandu-Sendiri Singapura.”



COI lima anggota itu, yang dipengerusikan oleh hakim yang dilantik Mahkamah Negara, ditubuhkan pada 25 Januari untuk menyiasat urutan kejadian yang menyebabkan kematian CFC (NS) Pang selepas beliau mengalami kecederaan teruk semasa menyertai latihan menembak menggunakan peluru hidup Thunder Warrior di New Zealand.



Kematian beliau pada 23 Januari adalah kematian keempat yang dilaporkan sejak September 2017, selepas tempoh empat tahun yang bebas kematian berkaitan latihan dan operasi di Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).



Kematian CFC (NS) Pang, seorang pelakon yang dikenali penonton program televisyen Mandarin di Singapura, menumpukan perhatian awam kepada keselamatan latihan yang dijalankan SAF.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >