Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ComfortDelGro lancar bas mini mesra pengguna kerusi roda

Mar 09, 2021 | 05:30 AM



SYARIKAT ComfortDelGro semalam melancarkan perkhidmatan baru pengangkutan bukan kecemasan di Singapura, yang menawarkan bas mini yang mesra pengguna kerusi roda.



Perkhidmatan terbaru itu disediakan oleh anak syarikat yang baru dibentuk, ComfortDelGro MedCare Pte Ltd, yang bertujuan memenuhi keperluan pergerakan warga emas dan golongan kurang upaya.



Sebanyak 10 bas mini disediakan, dilengkapi dengan bumbung bas lebih tinggi, lif hidraulik automatik, ruang selamat bagi kerusi roda, serta tempat duduk menghadap ke hadapan untuk memastikan pengguna kerusi roda dan penjaga mereka dapat duduk dengan selesa.



Lebih banyak bas mini akan ditambah seiring dengan permintaan yang semakin meningkat.



Setiap bas mini boleh menampung sehingga tiga kerusi roda dan lima penumpang.



Ketua Pegawai Eksekutif ComfortDelgro MedCare, Encik Lim Tien Hock, berkata ramai orang tua dan orang kurang upaya yang mengalami kesukaran bergerak atau menghadapi cabaran untuk ke tempat-tempat yang ingin dikunjungi.



"Oleh itu, ComfortDelGro MedCare ditubuhkan bukan sahaja untuk mengembangkan perkhidmatan pengangkutan kami, bahkan untuk menerapkan amalan inklusif bagi masyarakat yang kurang diberi khidmat ini.



"ComfortDelGro MedCare akan memastikan bahawa golongan yang mempunyai masalah mobiliti ini boleh menuju ke tempat yang diingini dengan selamat," kata Encik Lim.



Pemandu ComfortDelGro MedCare telah dilatih untuk memberi pertolongan kecemasan, bantuan pernafasan kecemasan (CPR) dan defibrilator luaran automatik (AED).



Mereka juga dilatih untuk mengendali penumpang yang mengalami demensia.



Orang ramai boleh menempah khidmat bas mini ini untuk perjalanan sehala atau dua hala atau mengikut setiap jam. Harga tempahan bermula daripada $63 hingga $225, bergantung pada masa dan perkhidmatan yang ditempah.



Kesemua tempahan harus dilakukan sekurang-kurangnya dua hari lebih awal. Untuk maklumat lebih lanjut, sila ke laman www.cdgmedcare.com.



Baru-baru ini, ComfortDelGro MedCare menyediakan pengangkutan dua hala bagi lima keluarga dalam satu lawatan ke Gardens by the Bay.



Encik Tan Choh Kee dan isterinya, Cik Wu Cheng Neng, dapat menaiki pengangkutan yang sama walaupun seorang menggunakan alat mobiliti peribadi (PMD) dan seorang lagi kerusi roda bermotor.



"ComfortDelGro MedCare telah membolehkan saya dan isteri keluar bersiar-siar bersama. Ini bukan sesuatu yang kami sering lakukan memandangkan keadaan kami.



"Bas mini ini luas dan selesa. Kami dapat menaiki kenderaannya dengan senang dan selamat. Kami berterima kasih kepada kakitangan syarikat ini yang terlatih, sopan dan bersikap berhati-hati untuk memberikan kami perjalanan yang indah dan kami tidak akan dapat melupakan pengalaman ini," kata Encik Tan, yang berusia 60-an tahun.




"...ComfortDelGro MedCare ditubuhkan bukan sahaja untuk mengembangkan perkhidmatan pengangkutan kami, bahkan untuk menerapkan amalan inklusif bagi masyarakat yang kurang diberi khidmat ini.

ComfortDelGro MedCare akan memastikan bahawa golongan yang mempunyai masalah mobiliti ini boleh menuju ke tempat yang diingini dengan selamat.''

- Encik Lim Tien Hock, Ketua Pegawai Eksekutif ComfortDelgro MedCare




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >