Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Covid-19: 12 kes baru, semua diimport

Mar 22, 2021 | 5:30 AM
4cc9e121-ed04-437e-bccf-91a05f718723
-

TERDAPAT 12 kes koronavirus baru yang dilaporkan di Singapura sehingga tengah hari semalam, menjadikan jumlah kes keseluruhan negara ini mencapai 60,196 kes.

Kesemua kes baru itu diimport dan mereka telah menjalani perintah Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan sejurus tiba di Singapura, kata Kementerian Kesihatan (MOH).

Tiada kes dalam masyarakat atau dalam dormitori pekerja asing dilaporkan.

Kelmarin, 17 kes koronavirus baru dilaporkan, dengan kesemuanya diimport.

Semua kes itu tidak menunjukkan gejala penyakit dan dikesan menerusi langkah pemeriksaan dan pemantauan proaktif, kata MOH.

Secara keseluruhan, jumlah kes baru dalam masyarakat telah berkurangan daripada dua kes dalam minggu sebelumnya kepada sifar pada minggu lalu.

Jumlah kes dalam masyarakat yang tiada kaitan dengan kes terdahulu juga turun daripada dua kes dalam minggu sebelumnya kepada sifar pada minggu lalu.

Dalam 96 kes yang dilaporkan dari 14 Mac hingga kelmarin, 40 daripadanya melaporkan ujian serologi positif, yang menunjukkan mereka mempunyai jangkitan sebelum ini.

Lagi 40 kes diuji negatif bagi ujian serologi, dan keputusan bagi 16 kes masih lagi dinantikan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg