Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: 3 kelompok baru di limbungan kapal, pusat jagaan pelajar, kedai barang kemas

Sep 04, 2021 | 11:26 PM



TIGA kelompok baru jangkitan Covid-19 dikenal pasti Kementerian Kesihatan (MOH) pada Sabtu (4 September).



Kelompok ini terdiri daripada Limbungan Kapal Sembcorp Marine Tuas Boulevard Yard, Pusat Jagaan Pelajar Radiance di Serangoon Avenue 3 dan dalam kalangan kakitangan kedai barang kemas Orient Goldsmiths & Jewellers di Toa Payoh Central.



Ini didedahkan Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataannya pada Sabtu malam.



Limbungan kapal tersebut mempunyai lapan kes manakala pusat jagaan pelajar itu mempunyai empat kes. Kedai barang kemas yang terbabit pula mempunyai tiga kes.



Menurut MOH, kini terdapat 62 kelompok aktif dengan setiap satu mempunyai antara tiga dengan 1,155 kes jangkitan Covid-19.



Terdapat 26 kes baru berkaitan dengan kakitangan di lapan pusat tukaran bas yang dikenal pasti pada Sabtu, menjadikan jumlah keseluruhan kes dalam kelompok ini kini mencecah 416 kes.



Selain itu, 21 kes baru pula berkaitan dengan kelompok di Hospital Besar Changi (CGH), menjadikan jumlah keseluruhannya kini 36 kes.



Kelompok Bugis Junction pula bertambah sebanyak enam kes, menjadikan angka keseluruhannya kini 261 kes.



Sehingga 12 tengah hari Sabtu, MOH mengesahkan 259 kes Covid-19 baru dengan 253 kes melibatkan jangkitan dalam masyarakat manakala enam kes adalah kes import.



Buat masa ini, terdapat 608 kes masih dirawat di hospital. Kebanyakannya berada dalam keadaan baik dan di bawah pemantauan. Sebanyak 22 kes pula mengalami penyakit serius dan memerlukan sokongan oksigen manakala lima kes dalam keadaan tenat di Unit Jagaan Rapi (ICU).



Dalam kalangan yang jatuh sakit, 22 orang adalah warga emas berusia melebihi 60 tahun. 12 daripada mereka belum menjalani vaksinasi penuh atau baru menerima satu suntikan.



Dalam tempoh 28 hari lalu, peratusan mereka yang belum mendapat vaksinasi dan mengalami sakit tenat atau meninggal dunia adalah 7.1 peratus manakala bagi yang sudah menerima vaksin penuh, peratusannya adalah 1.1 peratus.



Sehingga 3 September, 81 peratus sudah mendapatkan suntikan vaksin penuh manakala 83 peratus pula sudah mendapatkan satu suntikan vaksin.



Secara keseluruhan, bilangan kes baru dalam masyarakat bertambah dari 551 kes dua minggu lalu kepada 1,167 kes minggu lalu. Bilangan kes tiada kaitan dalam masyarakat juga melonjak dari 187 kes dua minggu lalu kepada 470 kes minggu lalu.



Pengarah khidmat perubatan Singapura, Profesor Madya Kenneth Mak menjelaskan di sidang media pasukan bertindak berbilang kementerian pada Jumaat (3 September), sedang bilangan kes yang bertambah menimbulkan keprihatinan dalam kalangan orang awam bahawa situasi Covid-19 semakin memburuk, peningkatan itu sebenarnya sudah dapat dijangka.



Dekan Sekolah Kesihatan Awam Saw Swee Hock, Universiti Nasional Singapura (NUS), Profesor Teo Yik Ying, sebelum ini juga memberikan gambaran wujudnya lebih banyak kes yang tiada kaitan adalah kesan yang tidak dirancang apabila lebih ramai penduduk menjalani vaksinasi.



Ini adalah kerana seseorang yang divaksin dan dijangkiti kemungkinan secara senyap menyebar virus berkenaan dengan tanda jangkitan ringan atau tiada tanda jangkitan langsung.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >