TERDAPAT 16 kes baru Covid-19 yang dilaporkan hingga tengah hari semalam.

Ini termasuk tiga kes dalam masyarakat. Daripada jumlah itu, sebanyak dua kes sejauh ini tidak mempunyai kaitan dengan kes-kes sebelumnya, kata Kementerian Kesihatan (MOH).

Satu lagi kes masyarakat dikaitkan dengan kes-kes sebelumnya. Baki kes yang lain merupakan kes yang diimport.

Semua 13 kes tersebut dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) atau diasingkan setiba mereka di Singapura.

Daripada 13 kes yang diimport itu, sebanyak 12 kes dikesan semasa tiba di Singapura, dan satu lagi kes pula dijangkiti semasa menjalani SHN atau pengasingan.

Kes baru membawa jumlah jangkitan Covid-19 di sini kepada 62,668, dengan 36 kematian akibat komplikasi Covid-19, sementara 15 yang diuji positif meninggal dunia akibat punca lain.

Ikuti topik ini:
Log masuk untuk ikuti