Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19 di S'pura: 478 dirawat di hospital; 32 perlukan sokongan oksigen; 11 dirawat di ICU

Jan 24, 2022 | 11:50 PM



SEJUMLAH 478 orang kini dirawat di hospital kerana Covid-19. Dari sejumlah itu, 32 orang memerlukan sokongan oksigen manakala 11 orang berada di Unit Jagaan Rapi (ICU). 



Perangkaan Kementerian Kesihatan (MOH) sehingga 12 tengah hari pada Isnin (24 Januari) menunjukkan terdapat lagi 45 orang yang kini dirawat di hospital berbanding Ahad. Terdapat tiga lagi orang memerlukan sokongan oksigen manakala lagi dua orang dirawat di ICU.



Tiada kematian berpunca daripada komplikasi Covid-19 dilaporkan pada Isnin.



Sementara itu, Singapura melaporkan kadar pertumbuhan jangkitan mingguan sebanyak 2.69, yang bererti ia mengambil kurang seminggu untuk bilangan kes bertambah seganda.



Kadar ini merujuk pada nisbah kes masyarakat bagi minggu sudah mengatasi minggu sebelumnya. Kadar melebihi 1 menunjukkan jumlah kes Covid-19 baru secara mingguan bertambah.



Ujian reaksi rantaian polymerase (PCR) dan ujian pantas antigen (ART) di sini membawa pada pengesanan sejumlah 2,624 kes masyarakat.



Sekitar dua pertiga daripada kes ini atau 1,630 kes dikesan oleh ART, menandakan mereka tidak menampakkan sebarang tanda jangkitan atau tanda ringan sahaja.



Sejumlah 378 kes import Covid-19 dilaporkan pada Isnin.



Sehingga Isnin, Singapura melaporkan sejumlah 316,774 kes Covid-19 dengan 848 kematian sejak pandemik melanda dua tahun lalu.



Sebanyak 91 peratus penduduk Singapura yang layak telah tamat rejim vaksinasi lengkap mereka manakala 55 peratus penduduk pula telah menerima suntikan penggalak masing-masing.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >