Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Covid-19: Kelompok baru di Pusat Makanan dan Pasar Bukit Merah View dengan lagi 4 kes dilaporkan

Jun 13, 2021 | 11:05 PM



LAGI empat kes Covid-19 baru dikaitkan dengan kelompok baru Pusat Makanan dan Pasar 115 Bukit Merah View.



Kesemua mereka bekerja di sana dan telah disahkan positif ketika dikuarantin. 



Ini terdiri daripada warga Bangladesh berusia 50 tahun yang bertugas sebagai pekerja penyenggaraan dan warga Singapura berusia 72 tahun yang bekerja di sebuah kedai runcit.


Dua lagi kes melibatkan wanita warga Singapura berusia 67 tahun dan lelaki warga Singapura berusia 65 tahun. Kedua-dua mereka merupakan penjual di gerai makanan.


Kelompok itu kini mempunyai enam kes, kata Kementerian Kesihatan (MOH).


Semua kakitangan dan penyewa yang bekerja di sana sejak 25 Mei telah dikuarantin dan akan diuji.


Satu operasi ujian khas bagi semua kakitangan dan penyewa yang telah bekerja di 116 Bukit Merah View dari 25 Mei juga akan dijalankan, kata MOH, untuk memutuskan sebarang penularan masyarakat lebih luas yang tidak dikesan.


Ujian percuma juga akan ditawarkan kepada orang awam yang telah mengunjungi kedai di 115 dan 116 Bukit Merah View antara 25 Mei dengan 12 Jun.


Semua pengunjung itu dinasihatkan agar memantau kesihatan mereka selama 14 hari dari tempoh kunjungan mereka.


Pusat Makanan & Pasar 115 Bukit Merah View ditutup dari 13 Jun hingga 15 Jun untuk dibersihkan.


Dua kes dalam masyarakat yang tidak berkait dengan kes terdahulu turut dilaporkan.


Seorang daripada mereka ialah lelaki warga India berusia 23 tahun yang bekerja sebagai penolong jurarawat di All Saints Home (Hougang).


Satu lagi melibatkan lelaki warga India berusia 27 tahun yang bekerja sebagai jurutera di Ecoxplore Pte Ltd. Dua lagi kes telah dikaitkan dengan kes ini, yang kini membentuk sebuah kelompok.


Dua kes itu disifatkan sebagai berkait dengan kes terdahulu dan dikesan menerusi pengawasan.


Ia melibatkan wanita warga Singapura berusia 19 tahun yang bekerja sebagai penolong gudang di DHL Express (Singapore) dan wanita warga Singapura berusia 39 tahun yang bekerja sebagai pekerja pembersihan di kondominium Emerald Park di bawah Cleen First Services Pte Ltd.


Dua lagi kes dalam masyarakat yang berkait dengan kes terdahulu melibatkan pekerja pembersihan di Crystal Lodge berusia 59 tahun, dan pesara berusia 66 tahun.


Sebanyak tiga kes yang diimport turut dilaporkan, melibatkan dua penduduk tetap Singapura yang pulang dari India dan satu pemegang permit kerja yang tiba dari Indonesia dan bekerja sebagai pembantu rumah asing.


Sementara itu, lagi 31 kes Covid-19 telah pulih. Lagi 130 kes sedang dirawat di hospital termasuk satu yang berada dalam keadaan kritikal.


Lagi 243 kes diasingkan dan dijaga di kemudahan masyarakat.


Seramai 34 orang telah meninggal dunia akibat komplikasi disebabkan oleh Covid-19 sejauh ini.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >